Suami MUA Bella Muntah Teruk, Sekali Tahu Sebabnya…Berduyun Tumpang Gembira

“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Tatkala kita mendengar peribahasa tersebut, mungkin ia begitu dekat dengan kisah kehidupan seorang jurusolek terkenal yang mesra dengan gelaran MUA Bella. Permulaan kisah hidupnya sebagai gadis kampung yang menjual ikan sehinggalah berjaya membuka empayar perniagaan sendiri sudah pasti memberikan inspirasi kepada ramai orang. Bahkan gelagat yang ditunjukkan oleh wanita anggun ini di media sosial seringkali menghiburkan para pengikutnya.

BACA : Kerap Kongsi Semua Benda Dengan Kawan Baik Sampai Hamil Pun Boleh Sama – Kajian

Advertisement

Patutlah pak hang muntah lebih teruk daripada mak hang

Tidak ketinggalan, posting terbaru yang dikongsikan oleh jurusolek berusia 25 tahun ini menerusi Instagramnya juga berjaya menjadi tumpuan orang ramai sehingga meraih 50,000 tanda suka. Nampaknya, Bella membuatkan ramai teruja apabila mengumumkan tentang berita kehamilannya buat kali ketiga. Apabila diingat kembali, barulah dia sedar punca utama mengapa suaminya iaitu Anuar Muhammad mengalami muntah-muntah sebelum ini.

Advertisement

Apa-apa pun rezeki…Alhamdulillah

Siapa menyangka rupanya Allah hendak memberikan mereka satu lagi rezeki baru dapat hidup kan? Dia juga sempat memuat naik gambar 2 cahaya matanya memegang alat pregnancy test dan meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya serta berharap suami isteri lain yang belum dikurniakan zuriat dapat merasai peluang itu kelak. Pada ruangan komen pula, netizen nampaknya turut menumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada suami isteri berkenaan.

Advertisement

Sumber : Instagram MUA Bella

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement