Kerja ‘Masyuk’ Tapi Disuruh Resign, Isteri Terkilan Lepas Buka Akaun Bank Suami

Selepas mendirikan rumah tangga, ibu harus menerima hakikat bahawa kasih sayang anak-anak akan terbahagi kepada isterinya juga. Istilah ‘syurga di bawah tapak kaki ibu’ tidak seharusnya dijadikan tiket mudah untuk ‘memijak’ menantu perempuan. Jika tidak, maka akan tercetuslah sebuah isu rumah tangga seperti yang dialami seorang wanita ini. Malang nasib badan, suaminya terlalu melebihkan ibunya sendiri sehingga mengabaikan kawajiban kepada isteri.

BACA : Jangan Doa Nak Dapat Suami Baik Sahaja, Doa Juga Dapat Mentua Baik Macam Ni

Dulu gaji 6000 sebulan…Sekarang sememeh dan buruk

Advertisement

Kisah itu sudah menjadi viral menerusi Twitter gadis bernama @Ana Suliana apabila dia berkongsikan semula luahan hati seorang wanita ini. Menurut luahan tersebut, wanita ini nekad menuruti kemahuan suaminya yang berharap dia berhenti kerja untuk fokus menjaga keluarga. Meskipun pernah meraih gaji yang cukup lumayan, dia mengikut permintaan tersebut atas dasar patuh dan sayang kepada suaminya. Namun siapa menyangka, hidupnya yang dipenuhi ‘pelangi’ seolah-olah berubah menjadi ‘mendung’ semenjak detik itu.

Gambar sekadar hiasan

Suami pandai complaint…Kata saya dah tak wangi

Advertisement

Selepas meletakkan jawatan daripada kerjaya tetapnya, suami pula terus culas memberikan duit nafkah. Alasan demi alasan diberikan dalam menjalanlan kewajiban berkenaan walhal ibu mertuanya menerima wang yang begitu banyak secara bulanan. Hal itu juga menyebabkan penampilan dirinya seakan tidak terurus dan dia mengakui sangat sedih dengan situasi yang sedang berlaku itu.

Gambar sekadar hiasan

Kat mak boleh bagi sampai RM2000

Advertisement

Dalam pada itu, Sue Anna juga kelihatan kesal dengan kejadian yang menimpa wanita berkenaan. Bagi dia sendiri, lelaki tersebut seharusnya bersikap adil dan memberikan wang nafkah kepada isterinya. Tambahan pula, isterinya itu sudah tidak lagi bekerja dan mempunyai sumber kewangan sendiri. Di mana lagi tempat untuk dia berharap kalau bukan suaminya sendiri kan?

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Sue Anna

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement