Artis Cinta & Perhubungan

Suami Bergenang Air Mata, Eyra Hazali Buat Kejutan Hamil Lepas 3 Bulan Nikah

Suami Bergenang Air Mata, Eyra Hazali Buat Kejutan Hamil Lepas 3 Bulan Nikah

Sharing is caring!

Pada tanggal 1 November tahun lalu, aktres muda berbakat Eyra Hazali telah sah menjadi isteri kepada salah seorang pemain bola sepak kebangsaan, Haziq Nadzli dengan sekali lafaz. Selain bernikah pada usia agak muda iaitu 20 dan 21 tahun, majlis resepsi mereka yang bertemakan Winter Wonderland ini juga mendapat perhatian ramai seolah-olah berada dalam dunia filem animasi antarabangsa ‘Frozen’.

BACA: [VIDEO] “Orang Tu Nak Jadi Daddy” – Lelaki Ini Sebak Bila Isteri Surprise Hamil

Suami Bergenang Air Mata, Eyra Hazali Buat Kejutan Hamil Lepas 3 Bulan Nikah

Haziq gagal tahan sebak dapat tahu isteri mengandung (minit 3:17)

Baru-baru ini pula, Eyra telah memuat naik sebuah video membuat kejutan istimewa terhadap suaminya tentang kehamilan pertama sejak berkahwin pada 3 bulan lalu. Pada awalnya, pelakon drama rantaian Nur 2 itu mengajak Haziq untuk membuat sebuah video tentang sebuah bungkusan yang kononnya diperolehi daripada seseorang. Alangkah terkejutnya penjaga gol skuad kebangsaan itu apabila dia mendapati ada set alat penguji kehamilan yang menyatakan tanda positif di dalamnya. Eyra lantas memaklumkan bahawa itu adalah miliknya, sekali gus masing-masing sebak kerana tak lama lagi bakal menimang cahaya mata.

Suami Bergenang Air Mata, Eyra Hazali Buat Kejutan Hamil Lepas 3 Bulan Nikah

Terharu part Haziq cakap Alhamdulillah…moga dapat baby comel

Selepas itu, kedua-duanya turut merakam reaksi ahli keluarga masing-masing apabila diberitahu tentang perkara itu. Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat tak putus-putus  mengucapkan tahniah atas berita yang sangat gembira berkenaan. Mereka juga terharu apabila dapat melihat reaksi spontan couple yang baru mendirikan rumah tangga ini.

Suami Bergenang Air Mata, Eyra Hazali Buat Kejutan Hamil Lepas 3 Bulan Nikah

Suami Bergenang Air Mata, Eyra Hazali Buat Kejutan Hamil Lepas 3 Bulan Nikah

Suami Bergenang Air Mata, Eyra Hazali Buat Kejutan Hamil Lepas 3 Bulan Nikah

Sumber: YouTube Eyra Hazali & Twitter EyraHazali21

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Suami Bergenang Air Mata, Eyra Hazali Buat Kejutan Hamil Lepas 3 Bulan Nikah

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram