Sorak Kuat Sangat Masa Tonton Bola, Bapa Tak Sedar Anak Dah Terkejut Di Sebelah

Lelaki dan juga sukan bola sepak memang tidak dapat dipisahkan. Bukan sekadar menguasai kemahiran bermain suka popular berkenaan, malahan rata-rata mereka sanggup menghabiskan wang ringgit untuk menyaksikan perlawanan secara langsung tidak kiralah bertempat dalam mahupun luar negara. Namun buat yang sudah mendirikan rumah tangga, kadangkala mereka hanya mampu menyaksikan perlawanan menerusi televisyen di rumah sahaja ditemani anak serta isteri.

BACA : Sanggup Ziarah Sampai Ke Jepun, Ayah Tersenyum Bahagia Tengok Anak Cedok Lauk

Bapak-bapak yang tengok bola, jangan khusyuk sangat

Saat itulah rumah akan menjadi riuh-rendah dengan sorakan sepanjang perlawanan disiarkan. Namun lain pula jadinya selepas melihat rakaman viral seorang lelaki ini. Mula dikongsikan menerusi media Twitter sejak semalam, video berdurasi pendek itu sudah meraih lebih 10,000 jumlah retweet sehingga kini. Lelaki berkenaan kedengaran begitu beria-ia bersorak kuat untuk menyokong pasukannya lebih-lebih lagi sewaktu jaringan gol hendak dibuat.

Advertisement

Advertisement

Terkejut dengar suara ayah sendiri

Tidak semena-mena, bayi kecilnya yang lengkap berbaju merah jambu terus terkesima dengan sorakan berkenaan. Tidak mengerti apakah yang sedang terjadi sebenarnya, air muka anak comel ini terus berubah menjadi terkejut sebelum mula merengek. Bahkan di penghujung video, dia sempat mencebikkan bibir seolah-olah takut mendengar jeritan itu.

Aloo kesian dia…Mesti ingat orang marah dia

Berjaya meraih sekitar 100,000 jumlah tontonan, nyatanya gelagat anak beranak itu berjaya mencuri perhatian ramai. Bukan sahaja sempat memuji kecomelan mata, malahan mereka menyifatkan bayi ini merengek kerana menyangka dirinya dimarahi si ayah padahal apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Advertisement

Sumber : Twitter Kotakcekelat

Advertisement
Advertisement