[FOTO] Pengantin Nekad Kahwin Dalam Kebun Getah, Netizen Pula Risau Benda Lain

Tatkala ramai orang mengidamkan majlis perkahwinan gilang-gemilang yang berlangsung dalam dewan mewah, lain pula kisahnya dengan sepasang mempelai dari negara Thailand ini. Mereka seolah-olah mengejutkan ramai apabila nekad melangsungkan hari bermakna itu di kawasan kebun getah. Bukan sahaja cukup unik, malahan tema sedemikian rupa sememangnya tidak pernah kita saksikan di mana-mana majlis viral sebelum ini.

BACA : Nak Kahwin Tapi Tunang Kantoi Selingkuh 3 Kali, Gadis Ini Belajar Melepaskan

Kebun getah tapi dekorasinya cukup cantik

Meskipun tidak berlantaikan karpet gebu mahupun bumbung bersiling mewah, ternyata kawasan kebun getah itu mampu bertukar menjadi mahligai indah buat mempelai bahagia itu. Dengan dekorasi berkonsepkan floral berwarna hijau serta putih, gambar secocok mereka berdua diabadikan dalam frame yang siap bersusun sepanjang pintu masuk sehinggalah pentas utama. Tidak sekadar menerima tabur bunga, malahan tetamu yang hadir turut menggunakan dedaun kering yang menaikkan lagi seri majlis indah berkenaan.

Advertisement

Pohon tidak berdaun ala-ala musim luruh

Dalam pada itu, pepohon getah tidak berdaun yang ada di sekitar mereka nyatanya memberikan ‘kesan khas’ secara semula jadi. Mana tidaknya, sekali imbas nampak seperti musim luruh di negara luar pula. Enggan membiarkan tetamu terkena cahaya terik matahari, satu helaian lebar kain berwarna biru lembut turut dinaikkan sebagai bumbung di bahagian meja makan. 

Advertisement

Aje gila…Segala anak beranak nyamuk ada

Bukan sahaja keserasian mempelai, malahan majlis dimeriahkan lagi dengan gelagat tetamu yang sempat bergambar di pokok getah. Selepas menjadi viral Malaysia, nampaknya ramai netizen mula merisaukan benda lain. Tidak dinafikan konsep berkahwin dalam kebun getah memang menarik, namun mereka mula terfikir sekiranya muncul haiwan-haiwan tertentu sewaktu acara berlangsung.

Advertisement

Sumber : Kredit Foto PPK Photo dan Portal Oh Bulan

Advertisement