Utama Viral Hati-Hati Mengutuk Bos Di Media Sosial, Dah Private Pun Boleh Kantoi Rupanya

Hati-Hati Mengutuk Bos Di Media Sosial, Dah Private Pun Boleh Kantoi Rupanya

Tahun ke tahun, kita dibebankan dengan kos sara hidup yang semakin melambung. Sudahlah perlu berhempas-pulas dalam mencari rezeki demi menyara hidup, kadangkala persekitaran di tempat kerja sebenarnya boleh menjadi penyumbang utama tekanan emosi. Bagi sesetengah orang yang gagal menahan perasaan, mereka boleh bertindak tidak profesional dan suka meluahkan masalah di tempat kerja ke media sosial masing-masing. Ada juga yang terang-terangan melepaskan marah terhadap majikan tanpa berselindung lagi.

BACA : Dikutuk Sebab Jadi Janda, Lihat Cara Win Wanita Ini Tutup Mulut Mak Cik Bawang

Gambar sekadar hiasan

Majikan memang tengok media sosial korang

Sebenarnya, budaya tersebut bukan lagi perkara pelik dalam masyarakat kita. Tanya sajalah pada orang sekeliling, pasti ada yang pernah bersikap sedemikian rupa. Namun dalam masa sama, kita perlu juga memikirkan impak yang bakal dihadapi jika luahan tersebut diketahui oleh majikan sendiri. Tahu mahupun tidak, rupanya ada taktik yang boleh digunakan majikan dalam mengesan kandungan media sosial kita walaupun sudah menetapkan mood ‘private‘. Pendedahan tersebut juga dibuat menerusi seorang gadis dengan akaun Twitter @Malissa Ali ini.

Sistem baca semua benda online pasal syarikat

Sejak dikongsikan pada 28 Oktober lalu, gadis ini juga mengakui terkejut kerana majikannya pernah memasukkan paparan tweet yang dibuatnya sebelum ini. Tetapi, dia bernasib baik kerana hanya berkongsikan perkara positif menerusi Twitternya ketika itu. Lebih mengejutkan lagi, rupanya wujud sebuah sistem khas yang boleh menjejaki perkara sedemikian rupa. Rentetan itu juga, Melissa sempat berpesan agar orang ramai tidak berkongsikan masalah tempat kerja di media sosial.

Advertisement




Gambar sekadar hiasan

Bukan setakat Twitter, WhatsApp pun mereka boleh baca

Mengetahui perkara mengejutkan tersebut, netizen juga turut tergamam dan mula berkongsikan pendapat mereka sendiri. Kata seorang netizen lagi, memang wujud sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan khas dalam mengesan segala kewujudan media sosial pekerja-pekerja mereka. Antara pengguna utama perkhidmatan tersebut terdiri daripada syarikat berskala besar.

Sumber : Twitter Malissa Ali

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement




Advertisement