Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Hiburan

“Siput Buat Catwalk, Zureen Excited Dipanggil Sayang”-Episod 9 Buat Ramai Gelak

28th January 2020
in Hiburan, Viral
“Siput Buat Catwalk, Zureen Excited Dipanggil Sayang”-Episod 9 Buat Ramai Gelak
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Pernah menjadi fenomena besar pada tahun 2013, drama ‘Love You Mr Arrogant’ yang dibintangi oleh Zara Zya serta Azlee Khairi benar-benar digilai ramai. Sejak tayangan drama itu juga, nama Zara Zya terus melonjak naik selepas sekian lama menyepi dari dunia hiburan. Kini pada tahun 2020, mereka berdua sekali lagi menggegarkan slot Akasia TV3 apabila gandingan menerusi drama ‘Seadanya Aku’ dilihat mendapat respon menggalakkan.

BACA : [VIDEO] 3 Tahun Keluar Running Man, Akhirnya Gary Muncul Kembali Dengan Anaknya

Kahwin dengan teman lelaki BFF sendiri

Meskipun baru sahaja bersiaran sehingga episod 9 sejak semalam, namun jalan cerita yang penuh dengan konflik ternyata menjadi kekuatan karya Feroz Kadir ini. Mengisahkan mengenai sepasang bakal mempelai iaitu Aufiya dan Taufik, majlis perkahwinan mereka tidak kesampaian selepas lelaki itu mengetahui kisah silam bakal isterinya itu. Bagai sudah tertulis takdir, insan bernama Zarul pula tampil menjadi pengganti bagi menutup semua aib yang sudah berlaku meskipun dia adalah teman lelaki kepada BFF Aufiya sendiri.

“Siput Buat Catwalk, Zureen Excited Dipanggil Sayang”-Episod 9 Buat Ramai Gelak

Tengok ni siput awak buat catwalk

Meskipun perkahwinan mereka semakin bahagia, namun Puan Kartina sangat membenci menantunya itu. Tidak kira di mana jua, dia sentiasa mencari peluang untuk menyakitkan hati Aufiya dengan kata-kata menusuk jiwa. Selain babak penuh konflik, jalan cerita ini turut diseimbangkan dengan unsur-unsur humor yang menggeletek perut penonton. Khususnya pada episod semalam, babak di mana siput sedut hidup yang dibeli Zarul ‘bebas’ berkeliaran di dapur mereka boleh dikatakan agak lawak. Apalagi, isterinya itu tidak berhenti membebel.

https://www.instagram.com/p/B70Ox9zFO8E/

Lepas panggil ‘Sayang’, Zureen terus menggedik teruk

Selain dua watak utama berkenaan, karakter Zureen yang digalas oleh Dayana Rozza juga melengkap drama Melayu ini. Menyimpan perasaan terhadap lelaki bertatus suami orang, dia benar-benar teruja saat Hadi menggelarnya dengan panggilan ‘Sayang’. Tidak mengetahui bahawa lelaki itu hanya mahu menggunakannya demi kepentingan wang ringgit, namun dia kelihatan sangat bahagia gara-gara perkataan manja tersebut.

https://www.instagram.com/p/B71ORPHFYaL/

Menjadi-jadi lakonan menggeletis Zureen..Semangat aku gelak

Ternyata, semua adegan yang bertayang semalam cukup menghiburkan penonton. Melihat kepada ruangan komen, kebanyakan netizen berkongsikan rasa lucu selain tidak sabar untuk menunggu episod terbaru nanti.

“Siput Buat Catwalk, Zureen Excited Dipanggil Sayang”-Episod 9 Buat Ramai Gelak “Siput Buat Catwalk, Zureen Excited Dipanggil Sayang”-Episod 9 Buat Ramai Gelak “Siput Buat Catwalk, Zureen Excited Dipanggil Sayang”-Episod 9 Buat Ramai Gelak “Siput Buat Catwalk, Zureen Excited Dipanggil Sayang”-Episod 9 Buat Ramai Gelak

Sumber : Youtube TV3 Official, Instagram seadanya aku

 

Tags: aufiyacatwalkepisod 9sayangseadanya akusiput sedutzara zyazarulzureen
Next Post
“Siput Buat Catwalk, Zureen Excited Dipanggil Sayang”-Episod 9 Buat Ramai Gelak

Percaya Kononnya Ajak Buat Video TikTok, 9 Beradik 'Pedajal' Mak Ayah Sendiri

Hijab Mewah Selesa & Bergaya Dalam Sekelip Mata!
Kamera Studio 50MP, Kuasa Tahan Lama – Smartphone Hebat!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)