Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

[FOTO] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta

31st January 2020
in Artis, Hiburan
[FOTO] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Sejak mengumumkan pengunduran diri daripada rancangan ‘Running Man’ kira-kira 3 tahun lalu, selebriti terkenal Korea Selatan iaitu Kang Gary pernah menyepi daripada industri hiburan. Tak lama selepas itu, timbul pula desas-desus yang menyatakan penyanyi rap tersebut telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita. Walau bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk ‘menyorokkan’ identiti keluarga daripada perhatian ramai.

BACA: [VIDEO] 3 Tahun Keluar Running Man, Akhirnya Gary Muncul Kembali Dengan Anaknya

[FOTO] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta

Buat comeback bersama anak lelaki, Kang Haoh

Namun rata-rata peminatnya kini kembali ceria dengan kemunculan semula Gary ke dunia hiburan menerusi program realiti bertajuk ‘The Return of Superman’. Menariknya, ia turut menonjolkan gelagatnya bersama anak lelaki yang bernama Kang Haoh. Sepanjang rakaman, dapat dilihat bahawa kanak-kanak tersebut merupakan seorang yang aktif, manja dan sangat menghiburkan.

[FOTO] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta
Kredit foto: KBS Entertain

Julung kalinya dedah wajah isteri tercinta

Baru-baru ini pula, gerangan wanita yang berjaya menambat hati Gary telah didedahkan buat kali pertama. Menerusi sedutan pendek yang disiarkan oleh produksi rancangan terbabit, beberapa keping foto ibu kepada Kang Haoh dipaparkan secara eksklusif sekali gus menjawab teka-teki ramai pihak selama ini. Di samping itu, Gary turut membuat penjelasan berhubung keputusan drastik ketika kehilangan sementaranya beberapa tahun lalu.

Selepas lebih 20 tahun aktif dalam industri seni, saya dibebani dengan tekanan yang hebat. Saya ingin lari daripada segalanya & rehat seketika. Sepanjang tempoh itu, saya telah berkahwin & memperoleh cahaya mata. Lantas, saya terus menyedari bahawa ‘bahagia’ itu adalah sesuatu yang dekat dengan diri saya saja.

[FOTO] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta

[FOTO] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta

10 tahun lebih muda…bukan orang industri?

Terdahulu, identiti isteri kepada bekas anggota Running Man tersebut pernah didedahkan sekitar 2017 oleh sebuah portal hiburan Korea Selatan. Selain merupakan salah seorang pekerja dari syarikat Gary, wanita yang dikenali sebagai Miss Kim itu juga dikatakan muda 10 tahun daripadanya. Malahan, mereka juga melangsungkan perkahwinan secara rahsia tanpa sebarang majlis. Berikut pula adalah antara paparan yang menampilkan kelibat isterinya dalam program ‘The Return of Superman’ dikongsi oleh peminat.

[FOTO] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta

Sumber: YouTube KBS Entertain, Kimchi Daily & Astro Awani

Tags: don't missisterikang garymiss kimrunning manthe return of superman

Related Posts

[FOTO] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta
Artis

“Penyondol” Hantar Surat Saman, Bekas Isteri Hafiz Roshdi Risau Tak Mampu Bayar

25th March 2023
[FOTO] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta
Artis

“Syaitan Pun Cuti”, Ini Respons Sharnaaz Terhadap Kemelut Aaron Dan Syamsul

24th March 2023
[FOTO] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta
Artis

“Jangan Sampai Aku Pula Jumpa Kau”, Syamsul Beri Amaran Kepada Caprice

23rd March 2023
[FOTO] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta
Artis

“Isteri No 2 Saya Mendengar Kata Saya”- Syamsul Yusof

22nd March 2023
[FOTO] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta
Artis

Nafi Ira Kazar Hamil, Syamsul Percaya Antara Jalan Taubat Adalah Perkahwinan

21st March 2023
Next Post
[FOTO] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta

Tak Berbaloi Kecewa Putus Cinta, CGPA Jatuh Teruk Sampai Kena Tangguh Belajar

Hijab Instant Bawal

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)