Berita Semasa

Hikmah COVID-19, Gelandangan Bakal Menetap Di Kem PLKN & Makan Ditanggung

Hikmah COVID-19, Gelandangan Bakal Menetap Di Kem PLKN & Makan Ditanggung
Rasaflix

Sharing is caring!

Apabila sesebuah negara mahu memperkukuhkan kegiatan membendung wabak jangkitan yang berisiko tinggi, antara kumpulan yang tidak boleh diabaikan adalah para gelandangan. Gara-gara tidak memiliki lokasi perlindungan yang tetap, impaknya kepada perkembangan jangkitan virus korona baharu (COVID-19) adalah sangat sukar untuk dikesan. Meskipun pelbagai organisasi bukan kerajaan (NGO) yang memberi makan dan pemeriksaan kesihatan, namun tidak dinafikan bahawa kebajikan mereka paling mudah terabai dalam situasi kritikal seperti ini.

BACA: Krisis COVID-19: Bazar Ramadan Tahun Ini Dibatalkan Demi Langkah Berjaga-Jaga

Hikmah COVID-19, Gelandangan Bakal Menetap Di Kem PLKN & Makan Ditanggung
Gambar sekadar hiasan
Hikmah COVID-19, Gelandangan Bakal Menetap Di Kem PLKN & Makan Ditanggung
Kredit foto: BH Online

Seribu gelandangan KL akan menetap di kem PLKN…makanan terjaga

Oleh sebab itulah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk mencari golongan gelandangan di seluruh negara untuk ditempatkan di lokasi yang mempunyai kemudahan lengkap membendung jangkitan ini daripada terus merebak. Menerusi laporan berita sebentar tadi, Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL) telah menjamin keselamatan dan pergerakan seramai 1,000 golongan ini untuk ditempatkan di tiga kem PLKN iaitu di Kuala Kubu Bharu, Semenyih dan Sepang. Selain kesemua proses penempatan diuruskan sepenuhnya oleh DBKL, aspek keperluan harian seperti makanan juga bakal disediakan.

Hikmah COVID-19, Gelandangan Bakal Menetap Di Kem PLKN & Makan Ditanggung


Hikmah COVID-19, Gelandangan Bakal Menetap Di Kem PLKN & Makan Ditanggung
Gambar sekadar hiasan

Tiada siapa terkecuali dalam tempoh pelaksanaan PKP

Ujar Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan lagi, tindakan itu perlu diambil segera bagi mengurangkan risiko merebaknya wabak COVID-19 yang sudah mengorbankan 27 nyawa sekali gus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah pihak PDRM, AADK serta beberapa agensi lain akan bekerjasama untuk membawa para gelandangan ke semua lokasi berikut.

Hikmah COVID-19, Gelandangan Bakal Menetap Di Kem PLKN & Makan Ditanggung


Hikmah COVID-19, Gelandangan Bakal Menetap Di Kem PLKN & Makan Ditanggung
Kredit foto: Harian Metro

Sumber: BH Online

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Hikmah COVID-19, Gelandangan Bakal Menetap Di Kem PLKN & Makan Ditanggung

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram