Utama Inspirasi Selamatkan 200 Anjing Liar, Doktor Ini Akui Niatnya Selalu Dipandang Serong

Selamatkan 200 Anjing Liar, Doktor Ini Akui Niatnya Selalu Dipandang Serong

Setiap agama mengajar penganutnya agar sentiasa berbuat baik kepada semua hidupan tidak kiralah sesama manusia mahupun haiwan. Besar ganjaran buat sesiapa yang tidak berkira melakukan kebaikan. Seperti yang dilakukan oleh doktor veterinar bernama Muhamad Taqiyudin Zainal Ulum apabila dia sanggup menyelamatkan dan merawat kira-kira 200 anjing liar dengan kos sendiri walaupun tindakannya itu mendapat cemuhan sesetengah masyarakat.

BACA : “Lepas Bersalin Tak Boleh Makan Telur Nanti GataI” – Doktor Selar Kenyataan Ini

Kredit Foto : Metro

Menerusi Harian Metro, doktor berusia 31 tahun ini tidak menjadikan cemuhan itu sebagai penghalang. Sebaliknya membuatkan dia lebih giat memanfaatkan kepakarannya untuk membantu haiwan tersebut tanpa mengambil pusing pandangan serong orang ramai.

Kredit Foto : Metro

Islam itu mudah & indah, proses sertu bila sentuh najis berat

Menurutnya, anjing sama saja seperti haiwan lain yang perlu diberikan rawatan jika mengalami masalah kesihatan, mendapat perhatian dan juga kasih sayang. Malangnya hanya kerana anjing merupakan ‘haiwan najis’ menyebabkan masyarakat mewujudkan stigma negatif sedemikian dan jurang terhadap haiwan berkenaan. Malah sudah menjadi tanggungjawab seorang doktor veterinar untuk memberikan rawatan kepada semua haiwan termasuklah anjing dan khinzir tanpa pilih kasih.




Kredit Foto : Metro

Pada 2015 ada anjing tinggal di rumah..

Tidak lekang berkongsi kemunculan awalnya membantu dan merawat anjing secara percuma, Dr Taqiyudin memberitahu bahawa ia bermula pada 2015 apabila kaki seekor anjing berada dalam keadaan teruk datang ke rumahnya.

Ayah terkena tempias, bantu beri makanan pada anjing

Tambahnya lagi, memang tidak dinafikan ada jiran yang menegur dek kerana salakan anjing dan bapanya turut mendapat tempias pandangan serong masyarakat. Namun, dia gembira kepada bapanya tidak pernah mengambil hati dengan perkara itu. Sementara itu, Dr Taqiyudin menjelaskan bahawa dia membantu anjing liar yang dijumpai di tepi jalan secara tidak sengaja sama ada dalam perjalanan ke tempat kerja mahupun pulang ke rumah.

Sumber : Harian Metro




Artikel Popular