Artis Viral

Kecoh Pasal Mira Filzah Nak Kahwin Tahun 2020, PU Rahmat Sempat Bagi Komen Lucu

Kecoh Pasal Mira Filzah Nak Kahwin Tahun 2020, PU Rahmat Sempat Bagi Komen Lucu

Sharing is caring!

Sejak 2018 sehingga sekarang, kerjaya Mira Filzah dalam industri hiburan Malaysia boleh dikatakan sangat cemerlang dan penuh dengan tuah. Bukan sahaja tawaran berlakon bertalu-talu, malahan drama serta filem yang dilakonkan olehnya mendapat sambutan yang begitu hangat. Kalau bercakap tentang soal cinta pula, nampaknya dia memilih untuk terus berahsia daripada mendedahkan urusan peribadi tersebut kepada umum.

BACA : Sofea Digelar Bodoh Sebab Naif Pasal Leher Merah Rupanya Ada Isi Tersirat

Teman istimewa bukan seorang artis


Meskipun selama ini sering dikaitkan dengan Zizan Razak, namun khabar angin itu akhirnya terhapus dengan pendedahan mengejutkan baru-baru ini. Menerusi laporan Harian Metro, Mira Filzah nampaknya memberi bayangan bahawa dirinya sedang mengenali hati budi seorang jejaka ini (bukan artis). Entah siapa yang mula membuat spekulasi kononnya dia bakal berkahwin pada tahun hadapan, namun dia menafikan berita itu. Memang benar dia ada menyimpan niat murni berkenaan, namun masih tiada perbincangan lanjut dibuat antara kedua-dua pihak.

Kecoh Pasal Mira Filzah Nak Kahwin Tahun 2020, PU Rahmat Sempat Bagi Komen Lucu

Manfaatkan sepenuhnya populariti yang sedang mencanak

Mendengarkan hal itu, salah pengarah tempatan iaitu Fadzil Teh pula berharap agar artis itu tidak terlalu awal memikirkan soal berkahwin. Katanya lagi, Mira merupakan artis yang begitu meningkat naik dan sedang meraih populariti menggunung. Maka dia berpendapat pelakon ‘Adellea Sofea’ ini harus memanfaatkan rezeki itu sebaiknya dalam mengukuhkan lagi namanya.


Kecoh Pasal Mira Filzah Nak Kahwin Tahun 2020, PU Rahmat Sempat Bagi Komen Lucu

Why not cari orang lain? Macam saya ke?

Nampaknya, berita itu turut menarik perhatian seorang ustaz selebriti, PU Rahmat Ikhsan. Seperti yang kita tahu, pendakwah ini memang dikenali dengan sikap suka bergurau dengan tweet lucunya. Bahkan sejak beberapa hari lalu, perkongsian lucu yang dibuat olehnya ke Twitter sekali lagi berjaya meraih tumpuan netizen. Dalam kapsyen berkenaan, dia sempat berseloroh agar Mira mencari jodoh lain misalnya dirinya sendiri. 

Kecoh Pasal Mira Filzah Nak Kahwin Tahun 2020, PU Rahmat Sempat Bagi Komen Lucu

Kecoh Pasal Mira Filzah Nak Kahwin Tahun 2020, PU Rahmat Sempat Bagi Komen Lucu

Sumber : Twitter PU Rahmat Ikhsan dan Berita Harian, Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kecoh Pasal Mira Filzah Nak Kahwin Tahun 2020, PU Rahmat Sempat Bagi Komen Lucu

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram