Hiburan Viral

Sofea Digelar ‘Bodoh’ Sebab Naif Pasal ‘Leher Merah’, Rupanya Ada Isi Tersirat

Sofea Digelar ‘Bodoh’ Sebab Naif Pasal ‘Leher Merah’, Rupanya Ada Isi Tersirat

Sharing is caring!

Sudah bersiaran sebanyak 14 episod sehingga kini, drama bersiri ‘Adellea Sofea’ nampaknya semakin bermain-main dengan emosi penonton. Mana tidaknya, plot penceritaan karya Shahrulezad Mohameddin ini sekali lagi memberikan aura luar biasa seperti mana fenomena drama ‘Nur’ suatu ketika dahulu. Di setiap episod, ada sahaja pertikaian serta persoalan yang akan disuarakan oleh ramai netizen kerana tidak berpuas hati termasuklah pada tayangan semalam.

BACA : [VIDEO] Asyik Pakai Baju Putih, Rupanya Ini Maksud Tersirat Di Sebalik Imej Fir

Semakin hari, Sofea menjadi curiga kepada suaminya

Seperti yang diketahui, watak Suzie (lakonan oleh Jasmine Suraya) merupakan sahabat baik kepada Firdaus. Bukan sahaja bersahabat dari zaman belajar belajar di luar negara, malahan mereka juga turut sama-sama mengambil bahan terlarang untuk memuaskan ketagihan masing-masing. Meskipun hakikat berkenaan masih belum diketahui oleh Sofea, namun sikap mencurigakan yang ditunjuk oleh Firdaus mula menimbulkan persoalan dalam diri wanita tersebut.


Kesan merah pada leher angkara cerek?

Bukan sahaja bersikap mencurigakan, malahan persoalan dalam diri Sofea semakin menebal apabila dia menemui kesan merah pada bahagian leher Firdaus. Malangnya, sekali lagi lelaki itu memperdaya Sofea dan mendakwa kesan tersebut berlaku gara-gara terkena cerek panas sewaktu sibuk dengan urusan kerja. 

Bodohnya Sofea…Kata pensyarah?

Walaupun agak mustahil untuk Sofea tidak mengetahui punca terjadinya kesan merah itu, namun demikianlah personaliti naif yang digambarkan pada episod semalam. Tanpa diduga, adegan berkenaan mula menimbulkan kritikan di kalangan netizen dan mereka menyifatkan Sofea sebagai ‘bodoh’ kerana tidak mengerti maksud di sebalik tanda merah itu. Menerusi Instagram Shahrulezad sendiri, dia juga sempat memuat naik tentang konflik berkenaan.

Sofea Digelar ‘Bodoh’ Sebab Naif Pasal ‘Leher Merah’, Rupanya Ada Isi Tersirat

Silap-silap kita sendiri cerminan watak Sofea

Kata pengarah ini, perangai Sofea yang digambarkan menerusi drama ini sebenarnya mempunyai penyampaian tersiratnya. Walaupun kelihatan tidak masuk akal dan kurang bijak, namun ia adalah realiti yang benar-benar terjadi kepada orang di luar sana. Bahkan apabila seseorang dapat ‘menghidu’ sesuatu yang mencurigakan terhadap suami atau isteri masing-masing, mungkin kalian juga akan bertindak sama dan enggan melulu dalam membuat andaian.


Sofea Digelar ‘Bodoh’ Sebab Naif Pasal ‘Leher Merah’, Rupanya Ada Isi Tersirat

Sofea Digelar ‘Bodoh’ Sebab Naif Pasal ‘Leher Merah’, Rupanya Ada Isi Tersirat

Sofea Digelar ‘Bodoh’ Sebab Naif Pasal ‘Leher Merah’, Rupanya Ada Isi Tersirat

Sumber : Instagram Shahrulezad Mohameddin dan Mira Filzah


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sofea Digelar ‘Bodoh’ Sebab Naif Pasal ‘Leher Merah’, Rupanya Ada Isi Tersirat

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram