Utama Cinta & Perhubungan "Nak Pakai Duit Isteri Perlu Minta Izin" - Ini Hak Yang Perlu...

“Nak Pakai Duit Isteri Perlu Minta Izin” – Ini Hak Yang Perlu Suami Ketahui

Pernahkah anda mendengar bahawa kehidupan suami isteri diibaratkan sebagai sebuah perkongsian? Pun begitu, namun jangan salah mentafsir kenyataan tersebut kerana bukan semua perkara boleh diaplikasikan sebegitu. Lebih-lebih lagi dalam soal nafkah dan perbelanjaan harian. Terbaharu, sebuah perkongsian yang dibuat oleh Firdaus Shakirin di laman Facebook ini telah menjadi panduan buat lelaki di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan duit isteri untuk kegunaan peribadi, meskipun keperluan keluarga. 

BACA: Menangis Laung Azan, Alif Satar Timang Anak Lelaki Pertama Pada Hari Jadi

Firdaus telah berkongsi beberapa situasi yang lazimnya terjadi dalam kehidupan mereka yang sudah berumah tangga. Dalam dunia sekarang, ramai lelaki yang suka mengamalkan konsep jika si isteri itu sudah bekerja, dia boleh membayar keperluan rumah menggunakan duit sendiri. Namun, cara ini tidak betul sama sekali. 




Gambar sekadar hiasan

Isteri mempunyai hak ke atas duit suami tetapi suami tidak mempunyai hak ke atas duit isteri. 

Menurutnya, duit kepunyaan isteri tidak sepatutnya digunakan untuk membayar barang yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Dalam pada itu, sekiranya suami mahu juga menggunakan wang berkenaan, maka dia perlu mendapatkan keizinan terlebih dahulu daripada isteri biarpun ianya diguna pakai untuk meringankan beban suami.




Perlu bersedia galas tanggungjawab

Berikutan isu sebegini, Firdaus juga menasihatkan lelaki di luar sana agar bersedia daripada segala aspek sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Hakikatnya, suami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemberian nafkah zahir tanpa sebarang syarat. Jangan kerana keadaan yang mendesak, hak isteri yang digadaikan. 

Sumber: FB Firdaus Shakirin




Artikel Popular