Utama Viral Sanggup Tak Beli Game Demi Duit Kahwin, Gadis Bagi Tunang PS4 Masa...

Sanggup Tak Beli Game Demi Duit Kahwin, Gadis Bagi Tunang PS4 Masa Birthday

Bertunang bukanlah satu proses yang mudah. Lelaki atau perempuan perlu mempunyai kesepakatan dalam segala aspek termasuk dalam urusan kewangan. Pada masa inilah kita tersekat antara mengejar kemahuan sendiri atau impian bersama untuk berumah tangga. Itulah situasi yang tergambar daripada posting yang dimuat naik oleh gadis tunangan orang ini. Dek menurut kata hatinya, dia telah memberikan satu hadiah yang telah lama diidamkan oleh tunang selama ini.  

BACA: Hadiah Terindah Sambut Birthday Ke-22, Pelakon Intan Najuwa Sah Tunangan Orang

Kredit foto OhMyMedia

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @fiezabahari memberitahu tunangnya gemar bermain permainan video. Tambahnya, lelaki tersebut pernah berhasrat untuk membeli permainan Play Station 4 (PS4) tetapi terpaksa melupakan sebentar impian itu demi mengumpul duit kahwin. Disebabkan itu, dia telah membuat kejutan istimewa dengan membelikan permainan tersebut pada hari jadi tunangnya. 




Tunang suka main game tapi nak kumpul duit hantaran

Aku tahu setiap kali lalu depan kedai game mata dia asyik tenung je PS4. Jadi hari jadi dia ni aku bagi dia PS4 ni, lepas kahwin kalau dia tak bagi aku main aku jual balik

Bakal berkahwin tak lama lagi

Dalam thread yang sama, gadis itu memberitahu dia dan tunang bakal berkahwin dalam masa terdekat dan memohon doa yang baik daripada semua agar segalanya dipermudahkan. 

Sebagai lelaki minat game, aku dapat rasa kebahagiaan tu

Rata-rata netizen telah memberikan reaksi positif terhadap kedua-dua bakal pengantin ini. Dalam masa yang sama, mereka juga terkesan dengan pengorbanan yang dibuat oleh lelaki ini mengumpul duit kahwin. Tambahan pula, hadiah PS4 yang diberikan oleh gadis ini tersangatlah ‘rare’ dan meraih perhatian netizen. 

Sumber: Twitter fiezabahari & ohmymedia




Artikel Popular