Utama Cinta & Perhubungan Hadiah Terindah Sambut Birthday Ke-22, Pelakon Intan Najuwa Sah Tunangan Orang

Hadiah Terindah Sambut Birthday Ke-22, Pelakon Intan Najuwa Sah Tunangan Orang

Pertunangan bolehlah dikatakan sebagai langkah yang terbaik untuk menghampiri perkahwinan. Hal ini menandakan lelaki atau perempuan sudah mempunyai persetujuan untuk membawa perhubungan mereka kepada satu fasa yang lebih serius. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk mengungkapkan hari bahagia seorang pelakon wanita ini yang baru sahaja selamat menjadi tunangan orang semalam. Perkara itu dikongsikan sendiri di bahagian IG Story miliknya. 

BACA: Perempuan Ni Queen Control – Netizen Speku Perangai Pelik Ex Tunang Syafie

Sebelum ini, pelakon yang digandingkan bersama Idris Khan dalam drama rantaian Tuan Danial ini tidak memberi sebarang khabar angin mengenai pertunangannya bersama lelaki pilihan. Namun, perkara itu telah disahkan sendiri oleh pelakon ini apabila dia memuat naik gambar beserta status terkini dirinya sebagai tunangan orang. 




Rasmi bertunang

Kongsi IG tunang

Difahamkan, pelakon yang baru berusia 22 tahun itu telah memakai busana berwarna ungu semasa majlis persandingan. Dalam pada itu, dia turut mendedahkan nama jejaka yang berjaya menambat hatinya iaitu Razz dengan berkongsi beberapa video di bahagian IG Story dan mentioned akaun Instagram lelaki berkenaan. 

Hari kelahiran yang ke 22 tahun

Menariknya, pada hari pertunangan tersebut turut diadakan celebration hari kelahirannya yang ke-22 tahun. Tambahan lagi, tunangnya telah memberikan kejutan pada hari pertunangan tersebut dengan membawa kek. 

 

Rakan-rakan artis Ain Edruce dan Puteri Aishah turut memuat naik moment pertunangan pelakon itu sebelum itu di ruangan IG Story masing-masing. Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan pelakon itu cepat mendirikan rumah tangga.




 

Sumber: Instagram intannajuwa

Artikel Popular