Utama Berita Semasa Kibar Jalur Gemilang Di Puncak Gunung Elbrus, Pelajar Form 4 Ini Raih...

Kibar Jalur Gemilang Di Puncak Gunung Elbrus, Pelajar Form 4 Ini Raih Perhatian

Usia bukanlah penghalang untuk kita meraih sesebuah kejayaan. Paling utama adalah kesungguhan kita dalam mengejar sesuatu yang kita impikan. Tambahan lagi, dalam dunia moden kini banyak peluang tersedia di depan mata. Buktinya, pelajar ini yang masih berusia 16 tahun telah mencatat rekod yang membanggakan nama negara apabila dia telah berjaya menawan salah satu gunung yang tertinggi di Eropah. Pastinya, kejayaan ini boleh dijadikan inspirasi kerana jarang budak seusia itu mampu lakukannya. 

BACA: Sanggup Ikat Aiskrim Sampai 4 Pagi, Gadis Tak Kisah Buat 5 Kerja Demi Duit Lauk

Peserta termuda

Gadis yang dimaksudkan ialah Sara Sofea Binti Muhammad Illaham. Dia yang masih lagi bergelar pelajar di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SMSKS) itu telah memecah rekod dunia dengan menjadi peserta termuda yang berjaya menawan gunung tertinggi di benua itu, Gunung Elbrus. 




Kredit foto borakdaily

Cabaran yang dihadapi

Menurut portal akhbar, pendakian gadis tersebut telah mengambil masa selama 12 jam. Selain itu, dia turut berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti keadaan suhu sejuk ekstrim sehingga negatif 20 darjah celcius dan angin kencang yang menyukarkan lagi pendakiannya ketika itu. 

Anugerah Pendaki Termuda Asia Tenggara

Dek kejayaannya menyertai ekspedisi ini, dia telah mendapat perhatian daripada ramai pihak seperti Presiden Mountaineering, Rock Climbing & Sport Tourism, Federation of Kabardino-Balkarian, Republic Of Rusia dan Abdul Halim Olimezov. Lantaran itu, dia telah menerima anugerah pendaki termuda Asia Tenggara kerana berjaya menawan gunung ikonik itu pada usia yang sangat muda itu. Paling membanggakan adalah kerana gadis ini telah mengibarkan Jalur Gemilang di puncak gunung tersebut membuatkan rata-rata orang Malaysia terharu. Tahniah!

Sumber: Borakdaily & Metro




Artikel Popular