Berita Semasa

Sanggup Redah Jarak 80km Demi Padam Kebakaran, Sekali Rupanya Panggilan Palsu

Sanggup Redah Jarak 80km Demi Padam Kebakaran, Sekali Rupanya Panggilan Palsu

Sharing is caring!

Sewaktu zaman bersekolah dahulu, ramai antara kita pasti menyangka bahawa skop kerja anggota bomba cuma memadam kebakaran sahaja. Akan tetapi, tugas yang dipikul oleh unit beruniform serba merah ini bukan setakat di situ sahaja. Daripada insiden kucing gagal turun daripada bumbung hinggalah ke masalah pintu bilik air tersekat, pendek kata hampir semua jenis masalah akan cuba diselesaikan sejurus mereka terima panggilan kecemasan.

BACA: [VIDEO] Periksa Jeriji Keselamatan Pada Tingkap, Abang Bomba Demo Cara Berkesan

Sanggup redah kawasan pedalaman sejauh 80km di Sarawak

Baru-baru ini, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri telah mendapat laporan mengenai sebuah kebakaran melibatkan sebuah rumah panjang di Rumah Bakas Buti, Sibuti Jln Miri – Bintulu sekitar siang tadi. Difahamkan, panggilan mengenai insiden itu dibuat oleh seorang pemuda yang memperkenalkan identitinya sebagai En. Tigas. Susulan itu, sepasukan anggota bomba sanggup meredah jarak 80km kira-kira dalam tempoh 1 jam semata-mata untuk menuju ke lokasi kejadian.

Sanggup Redah Jarak 80km Demi Padam Kebakaran, Sekali Rupanya Panggilan Palsu

Rupanya laporan panggilan palsu..

Namun selepas tiba di kawasan terbabit, hasil tinjauan pasukan itu mendapati bahawa tiada sebarang kebakaran atau kecemasan ditemukan. Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik oleh halaman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, perasaan kecewa malah terpancar pada wajah beberapa ahli uniform akibat tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut.


Sanggup Redah Jarak 80km Demi Padam Kebakaran, Sekali Rupanya Panggilan Palsu

Sanggup Redah Jarak 80km Demi Padam Kebakaran, Sekali Rupanya Panggilan Palsu

Bayangkan tempat lain ada kebakaran…mesti tergendala

Susulan kejadian itu, rata-rata netizen menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tergamak membuat laporan palsu sedemikian. Tambah mereka panggilan sedemikian bukan sahaja menyusahkan anggota yang sedang bertugas, bahkan menganggu urusan kecemasan lain. Dalam pada itu, ada juga yang memberi cadangan supaya sebuah balai bomba dibina di kawasan pedalaman itu agar tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bantuan.

Sanggup Redah Jarak 80km Demi Padam Kebakaran, Sekali Rupanya Panggilan Palsu

Sanggup Redah Jarak 80km Demi Padam Kebakaran, Sekali Rupanya Panggilan Palsu


Sanggup Redah Jarak 80km Demi Padam Kebakaran, Sekali Rupanya Panggilan Palsu

Sanggup Redah Jarak 80km Demi Padam Kebakaran, Sekali Rupanya Panggilan Palsu

Sumber: FB Friends of Bomba Malaysia


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sanggup Redah Jarak 80km Demi Padam Kebakaran, Sekali Rupanya Panggilan Palsu

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram