Kebelakangan ini, sudah menjadi trend dunia hiburan di Malaysia dimana golongan artis melangsungkan perkahwinan secara mengejut tanpa mengetahui kisah percintaan mereka. Selain daripada mengejutkan industri, netizen juga turut kagum dengan artis kegemaran mereka boleh merahsiakan hubungan cinta. Begitu juga dengan pelakon drama popular Zara Zya yang masih hangat diperkatakan tentang tarikh sebenar majlis perkahwinan beliau.
BACA:Â Zara Zya Tolak Job Berlakon Watak Free Hair, Dah Jual Baju Lama – Kini Berhijab
Masih menjadi misteri tarikh sebenar dan siapakah jejaka yang berjaya menambat hati pelakon cantik manis ini..
Ramai yang menantikan hari bahagia buat pelakon cantik tanah air Zara Zya. Namun sehingga hari ini belum ada kenyataan rasmi daripada tuan punya badan. Pada tanggal 26 Februari 2023 pelakon tersebut telah memuat naik satu video di Instagram Reel miliknya @zarazya yang sekaligus telah menarik perhatian umum akan berita perkahwinan yang dinantikan peminat sekian lama.
Sahabat-sahabat dari kalangan selebriti juga turut memberikan ucapan
Rakan artis juga mengucapkan tahniah kepada pelakon tersebut di ruangan komen posting berkenaan. Dengan hadirnya rakan-rakan artis memberi ucapan tahniah menambahkan lagi keyakinan para peminat bahawa majlis yang ditunggu-tunggu bakal berlangsung pada waktu terdekat.
“Alhamdulillah… Tahniah Zara… Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Hingga Menjelang Hari Bahagia Nanti”
Warga net juga hadir memberi ucapan tahniah kepada pelakon kesayangan mereka itu. Rata-rata mereka menulis ucapan tahniah yang mendoakan kebahagiaan pelakon tersebut yang bakal melangkah ke jinjang pelamin tidak lama lagi.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan diharapkan rumah tangga yang bakal dibina kekal hingga ke jannah. Tahniah.
Kredit: Instagram Zara Zya