Utama Cinta & Perhubungan Sambut Anniversary Ke-9, Isteri Dr Sheikh Muszaphar Menitiskan Air Mata Sebab..

Sambut Anniversary Ke-9, Isteri Dr Sheikh Muszaphar Menitiskan Air Mata Sebab..

Sejak bergelar Angkasawan Negara pada tanggal 25 September 2007, nama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sering kali meniti di bibir rakyat Malaysia. Mana taknya, ramai yang berbangga dengan pencapaian beliau. Pada 10 Oktober 2010, beliau telah mendirikan rumah tangga bersama pelajarnya sendiri yang merupakan penuntut  di HospitaI Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) iaitu Dr Halina Mohd Yunos.

BACA : Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Video Anak Menangis Tapi Kepala ‘Stuck’ Jadi Tumpuan

Kredit Foto : gua.com.my

Saya menangis tonton video ini lagi selepas 9 tahun..

Hari ini genaplah usia perkahwinan mereka yang ke-9 tahun. Dr Halina turut berkongsi perkara itu menerusi paparan video akad nikahnya di Instagram buat para pengikutnya. Menurut kapsyen yang ditulis, doktor berusia 39 tahun ini berasa sedih apabila menonton video ini kerana telah berkahwin dengan lelaki idamannya dan kini berat lebih 20 kilogram daripada hari bersejarah tersebut.

Ulangtahun perkahwinan ke-9 kita..

Menjengah ke IG Dr Sheikh Muszaphar pula, beliau tidak ketinggalan untuk berkongsi foto bersama isterinya itu berserta kapsyen yang panjang sempena ulangtahun perkahwinan mereka.

View this post on Instagram

Pic – Our 9th Anniversary When I met Dr Halina way back in 2003 , she was a student of mine at HUKM answering my every questions . That’s when the interest and attraction sets in … I was just a young doctor doing my Masters in Orthopaedic at the time at the age of 30 – Haha that’s young to me … But I wasn’t just looking for beauty with brains . I wanted more than that … I knew what I wanted … I was looking for someone who has all the attributes – her faith , family , intellectuality and certainly beauty comes into play too . My Dad told me that if you wanted to marry a woman , date her mother and you will know everything about her . She will be exactly like her mother in every aspect and was my Dad right … I’d had married earlier then with Dr Halina if it was not for the Angkasawan Programme . The training & selection to Space itself cost me an extra 5 years and another 2 years upon coming back to fulfil my duties as an astronaut . I have always felt 32 is a good age for a man to settle down and 28 for women . But Allah knows best . Alhamdulillah on the 10.10.10 married at the age of 38 to Dr Halina 30 years old . It also coincides with my 12th anniversary to Space – 10.10.07 And my late Dad words of wisdom – to find a wife with a gap of 10 years if possible . Haha And now with 4 children Bella , Tasha , Adam & Noah and InsyaAllah with more to come , I’m truly content , fulfilled and blessed . Hoping it will lasts forever – Amiinn Happy Anniversary my love … The Mother of my Children … Continue being patient , for believing in me and being the pillar of my strength …. Love you till Jannah Just sharing … Salam Everyone … Love As Always … PS – TQ Everyone for all your DM messages 😘 PSS – A short breakfast date this morning before leaving to Alor Gajah for my talks in the afternoon … PSSS- I don’t usually open up talking about love publicly but today is an exception …




A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Menurut bapa kepada 4 orang cahaya mata ini, beliau terbuka hati dan tertarik Dr Halina dek kerana kepintarannya dalam menjawab segala soalan ketika berada di dalam kelas. 

Tapi saya tidak hanya melihat beauty with brain. Saya mahukan lebih daripada itu. Saya tahu apa yang saya mahu. Saya mencari seseorang yang memiliki kesemua sifat ini termasuklah agamanya, keluarga, intelektual dan kecantikan itu akan datang sekali.

Tambah angkasawan berusia 47 tahun ini lagi, bapanya pernah memberitahu beberapa tips memilih isteri terbaik iaitu dengan cara berdamping dengan ibu wanita tersebut kerana beliau akan mengetahui segala-galanya.




Alhamdulillah pada 10 Oktober 2010 saya telah berkahwin dengan Dr Halina. Sekarang kami ada 4 orang anak iaitu Bella, Tasha, Adam & Noah. Selamat ulangtahun perkahwinan sayangku & ibu kepada anak-anakku. Teruskan bersabar kerana mempercayai saya dan menjadi sumber kekuatan saya.

Sumber : IG Dr Halina , Dr Sheikh Muszaphar

Artikel Popular