Viral

Rindu Tak Tertahan, Anak Cuba Telefon Allahyarham Abah – Betul-Betul Dia Jawab

Hari yang menakutkan bagi seorang anak adalah bila mana ibu ayah tercinta pergi bertemu Ilahi. Bukan sahaja hilang tempat menagih kasih sayang, malahan kita bakal merasai peritnya rindu yang tidak berpenghujung. Ketika itu juga, hanya barang peninggalan seperti mesej lama yang menjadi tatapan untuk sesekali melepaskan rindu. Bagi seorang pemuda ini pula, rasa rindu itu membuatkan dia cuba menghubungi Allahyarham bapanya menerusi telefon.

BACA : Sanggup Ziarah Sampai Ke Jepun, Ayah Tersenyum Bahagia Tengok Anak Cedok Lauk

Aku pernah saja-saja call nombor Abah

Meskipun sudah mengetahui bahawa tindakan berkenaan tidak mungkin memberikan apa-apa perubahan terhadap takdir kehilangan ayahnya, namun pengguna akaun Twitter @Khairulnzmsyh ni terkedu apabila seorang insan mula menjawab panggilan yang dibuat secara suka-suka itu. Lebih mengejutkan, suara percakapan insan tersebut benar-benar menyerupai ayahnya yang sangat dirindukan selama ini.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Sedar tak sedar, air mata jantan aku keluar

Dengan tidak semena-mena, air mata Khairul terus mengalir kerana detik itu seolah-olah terasa seperti dia bercakap dengan ayahnya semula. Namun tak lama kemudian, mereka berdua terus menamatkan perbualan pendek itu dan lelaki ini terus diselubungi kerinduan yang tidak tertahan. Dalam perkongsian akhirnya, dia berharap agar orang di luar sana lebih menghargai insan bernama ayah selagi hayat masih dikandung badan.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Sekarang mampu baca mesej-mesej lama je

Sejak dikongsikan, kisah sebak ini sudah meraih belasan ribu retweet daripada netizen. Menjengah ke ruangan komen juga, rata-rata merasa sedih dan sangat memahami dilema kerinduan yang dirasai Khairul memandangkan meraka juga sudah kehilangan ayah tersayang.

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Khairulnzmsyh

Advertisement
Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram