Viral

Ayah Tak Mampu Bayar Yuran Anak RM30, Tebalkan Muka Pinjam Pada Saudara Tapi…

Walaupun sudah berusaha untuk keluar daripada lembah kemiskinan, kadangkala kos sara hidup yang terlalu cepat meningkat membuatkan golongan asnaf terus berada dalam kesempitan. Bukan sahaja harus mencatu makanan seharian, malahan keperluan pendidikan anak-anak terkadang sukar dipenuhi. Namun sesukar mana pun hidup, kebanyakan ibu bapa masih mencuba yang terbaik untuk memastikan anak mereka mendapat pendidikan secukupnya demi masa depan lebih cerah.

BACA : Rindu Tak Tertahan, Anak Cuba Telefon Allahyarham Abah Betul-Betul Dia Jawab

Gambar sekadar hiasan

Sebaik helmet ditanggal, terlihat wajah kesedihan

Dalam pada itu, ada juga yang terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang daripada ahli saudara lain. Ia dikongsikan oleh seorang lelaki di Twitter sehingga berjaya menusuk hatinya sendiri serta netizen. Beberapa minggu lalu sewaktu baru hendak melangkah masuk ke dalam rumah, lelaki ini disapa oleh seorang insan lain yang mengadu mengenai masalah bayaran yuran sekolah anaknya. Meskipun hanya bernilai sekitar RM30, namun ia masih terasa mahal buat insan kurang bernasib baik seperti mereka.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Teringat awal perkahwinan…Pinjam duit sana sini

Enggan terlalu berkira, saudara Fairuz segera menghulurkan wang RM50 untuk meringankan beban beserta nombor telefon Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu, dia menyifatkan kejadian berkenaan sedikit sebanyak mengingatkan dirinya sewaktu hidup sukar dahulu. Namun menerusi rahmat perkahwinan, dia seolah-olah mendapat limpahan rezeki yang terus mengubah hidupnya menjadi lebih baik. 

Advertisement

Sumber : Twitter Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram