Berita Semasa Viral

Rider Grab Food Nekad Selamatkan Motor, Penyamun Pula Tercicir Handphone!

Rider Grab Food Nekad Selamatkan Motor, Penyamun Pula Tercicir Handphone!

Sharing is caring!

Sejak semalam, tular sebuah video di laman sosial yang memaparkan insiden samun melibatkan seorang penghantar makanan bermotosikal. Menurut laporan yang diperoleh daripada portal Sinar Harian, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.53 petang di hadapan bangunan Phileo Damansara 2. Rakaman CCTV tersebut, kedua-dua suspek dilihat telah mengekori sebelum bertindak memukulnya. Penunggang tersebut bagaimanapun sempat bergelut dengan mereka sebelum kedua-dua mereka meloloskan diri.

BACA: [VIDEO] Gara-Gara Prank Kakak, 2 Beradik Ini Nyaris Pergi Sekolah Waktu Malam!

No plat & telefon suspek berjaya diperoleh pihak berkuasa

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, penunggang berusia 22 tahun itu juga telah mengalami sedikit kecederaan semasa mahu mempertahankan motosikalnya. Pihaknya turut memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan berdasarkan nombor plat motosikal yang dinaiki suspek serta telefon bimbit salah seorang daripada mereka yang terjatuh di tempat kejadian.

Rider Grab Food Nekad Selamatkan Motor, Penyamun Pula Tercicir Handphone!

Kesian tengah struggle kerja orang nak rembat motor pula…terbaik keberanian dia

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang menonton video berkenaan turut memuji sifat keberanian yang ditonjolkan oleh penghantar makanan tersebut. Mereka turut bersimpati dengan nasibnya kerana diuji sedemikian rupa semasa giat mencari rezeki.

Rider Grab Food Nekad Selamatkan Motor, Penyamun Pula Tercicir Handphone!

Rider Grab Food Nekad Selamatkan Motor, Penyamun Pula Tercicir Handphone!

Sumber: Twitter Tsgxy_ & Sinar Harian

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Rider Grab Food Nekad Selamatkan Motor, Penyamun Pula Tercicir Handphone!

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram