Utama Gaya Hidup "Untung Bayar Murah Dah Dapat"- Doktor Bongkar Harga Sebenar Ubat Tanpa Subsidi

“Untung Bayar Murah Dah Dapat”- Doktor Bongkar Harga Sebenar Ubat Tanpa Subsidi

Tidak dinafikan, antara mindset yang masih membelenggu masyakat kita dari dulu sehingga sekarang adalah tabiat tidak menghabiskan ubat yang diberi oleh klinik atau pusat rawatan kerajaan. Kalau ada yang menyimpan baki bahan tersebut pun, pasti dalam tempoh yang lama. Hakikatnya, perbuatan sebegini hanya mendedahkan mereka pada keracunan atau masalah kesihatan lain. Dan yang paling teruk adalah terus membuangnya ke dalam tong sampah.

BACA: Diumpan Bagi Kucing Makan Saja, Wanita Dedah Nyaris Senasib Adik Nurin Jazlin!

Gambar sekadar hiasan

Untung bayar RM5 dapat ubat beribu ringgit..




Baru-baru ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Izuddin telah mendedahkan perbandingan antara harga sebenar sejenis ubat dengan kadar bayaran yang dikenakan selepas ditolak dengan subsidi. Tak sangka rupanya semahal itu!

Jika dibahagikan dengan bilangan tablet yang dinyatakan itu pun, harga yang dikenakan kepada para pelanggan masih 3 kali ganda lebih murah daripada harga asal. Ketika ditanya ubat tersebut merupakan jenis yang bagaimana, doktor muda ini memaklumkan bahawa ia sebenarnya sejenis ubat untuk merawat masalah mental.




Kena letak harga sebenar ubat kot baru nak hargai..

Maka tidak hairanlah jika mereka yang bertugas dalam bidang perubatan atau farmasi sangat geram bila mana mereka mendapat tahu ada masyarakat di luar sana masing mengamalkan sikap boros ini. Pendedahan itu ternyata mengejutkan ramai pihak yang kerana tidak pernah melihat harga yang sebenar. Malah ada juga yang memberikan cadangan agar dinyatakan harga sebenar pada setiap paket ubat tersebut demi meningkatkan kesedaran mengenai hal ini.




Sumber: Twitter izuddinzaid




Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI