Hanya individu yang pernah merantau untuk berkerja saja tahu bagaimana kehidupannya tanpa keluarga di sisi. Hal ini kerana perjalanan yang dilalui tidak semudah disangka dan tiada tempat mengadu. Seperti perkongsian pemilik akaun Facebook iaitu saudara Azri Walter tentang salah seorang pekerjanya yang bernama Habil apabila dia bertindak memasak nasi di pejabat.
BACA : “Orang Malaysia Sangat Bazir Duit Sebab Tak Reti Makan Sushi Dengan Cara Betul”
Nampak kelibat bawah meja, masak nasi..
Menurut kapsyen yang ditulis, dia telah datang ke pejabat pada waktu malam dengan niat mahu meluangkan masa bersama para pekerjanya namun tidak ada sesiapa pun. Kemudian, Azri mendapati ada kelibat di bawah meja sebelum terkejut melihat seorang lelaki sedang memasak nasi di lantai.
Nak bagi duit mak buat belanja..
Rupa-rupanya individu tersebut adalah pekerjanya yang bernama Habil. Apabila dia menyapanya, Habil kelihatan agak terkejut lalu meminta maaf. Perkara itu membuatkan Azri kehairanan kerana Habil mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk makan di kedai. Namun, remaja berusia 19 tahun ini memberitahu bahawa gaji tersebut diberikan kepada ibunya sebagai duit belanja.
“Saya tak tahu sampai bila mak ada..”
Sejurus mengetahui akan hal itu, Azri terus rasa sedih lalu memeluknya sambil menemani Habil untuk makan. Tambah Azri, dia sangat terkesan dan tergamam apabila remaja tersebut berkongsi tentang ibunya.
2 perkara saya belajar daripada Habil..
Dalam pada itu, terdapat 2 perkara yang Azri belajar selepas perjumpaannya bersama Habil untuk dijadikan iktibar dan pengajaran. Terutama sekali apabila kedua-dua ibu bapa masih hidup.
Sumber : FB Azri Walter