Utama Viral “Orang Malaysia Sangat Bazir Duit Sebab Tak Reti Makan Sushi Dengan Cara...

“Orang Malaysia Sangat Bazir Duit Sebab Tak Reti Makan Sushi Dengan Cara Betul”

Sushi merupakan makanan tradisional terkenal di Jepun dan turut digemari ramai orang di seluruh dunia. Makanan ini diperbuat daripada nasi bercuka dan diletakkan inti campuran makanan laut, ikan, telur atau sayuran yang dicicah bersama pelbagai sos. Malah ia juga boleh dimakan secara mentah, dimasak mahupun diperam. Namun, sesetengah rakyat Malaysia berpendapat bahawa sushi merupakan makanan yang tidak mengenyangkan.

BACA : [VIDEO] Tak Nak Makan Nasi Sampai Ada ‘Drama’, Anak Jihan Buat Ramai Berdekah!

Gambar Sekadar Hiasan

Tak tahu macam mana nak makan sushi dengan cara betul

Terpanggil mengenai isu tersebut, seorang pemilik akaun Twitter bernama Niki Lauda nampaknya tampil menjelaskan tentang mengapa rakyat Malaysia berpendapat sedemikian. Dia juga mula berkongsikan pelbagai fakta menarik tentang cara pemakanan hidangan ini.

Cicah kicap tu jangan renjis balik

Katanya, cara-cara menjamah sushi dengan cara yang betul itu diikut menerusi tunjuk ajar daripada seorang tukang masak warga Jepun di YouTube terutama sekali apabila mencicahnya dengan kicap.




Makan pakai tangan, ramai jual sushi sejuk sebab..

Menerusi perkongsian tersebut, sushi sepatutnya dimakan menggunakan tangan dan bukannya chopsticks seperti yang sering dibuat oleh kita semua. Tambahnya lagi, suhu dag1ng dan bahan-bahannya tidak akan seimbang dengan nasi sushi sekiranya ia baru dibuat.

Dicicah dengan 2 sos & halia

Selain itu juga, sushi mempunyai dua sos utama iaitu wasabi dan kicap untuk dicicah bersama dan dimakan secara sedikit demi sedikit. Bukan sahaja s0s, malahan halia juga turut disediakan dalam hidangan negara matahari terbit ini sebagai perasa yang ‘membasuh mulut’ sebelum mula menjamu jenis sushi lain.

Aktifkan enzim hantar message ke otak…

Di samping itu, si pemakan tidak digalakkan untuk memakai pewangi apabila menjamu makanan berkenaan kerana risau mengganggu  deria rasa. Dia turut menjelaskan cara untuk menghilangkan rasa strong wasabi yang seringkali memedihkan hidung.




Sumber : Twitter NIKI LAUDA

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI