Bagaikan sudah menjadi kebiasaan, masyarakat kita sangat terkenal dengan ‘keprihatinan’ terhadap kehidupan individu lain. Selain sibuk mengetahui tentang hal ehwal rumah tangga orang, mereka juga gemar ‘mengambil berat’ tentang bilangan anak dalam setiap rumah yang sering dikunjungi. Meskipun anak itu pelengkap sesebuah keluarga, namun biarlah urusan itu disepakati antara suami dan isteri sahaja. Bukan pihak ketiga yang belum diketahui lagi apa motif mereka.
BACA: “Berdebar Rasanya..” – 6 Bulan Nikah, Hadi & Dayana Bakal Timang Anak Sulung
Orang selalu usik…muda lagi elok beranak banyak-banyak
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang wanita bernama Nur Amalina Roslee ini, dia juga selalu dihimpit banyak soalan cepumas daripada ‘makcik-makcik bawang’. Memandangkan dia telah menamatkan zaman bujang pada usia yang agak muda, mereka menggalakkan Amalina agar menambah bilangan anak sementara masih mempunyai kudrat lagi.
Cukuplah 2 dulu…orang yang tanya bukan tolong mengasuh pun
Namun begitu wanita ini tetap dengan pendirian untuk membesarkan sepasang anak lelaki dan perempuannya terlebih dahulu. Jelasnya, keadaan mental ibu bapa yang sihat adalah lebih penting daripada bilangan cahaya mata yang melampau dan sukar diuruskan nanti. Malah, mereka yang sering menjaga tepi kain ini juga tidak mempunyai kepentingan dalam mahligai rumah tangganya.
Jangan tanggung luar dari kemampuan…rancang keluarga
Oleh sebab itu, ibu muda ini sekali lagi memberi penekanan tentang kepentingan merancang institusi keluarga masing-masing dengan sangat teliti. Menurut Amalina, sesungguhnya anak-anak adalah amanah serta anugerah yang tak ternilai bagi setiap suami isteri. Jadi adalah sangat tidak wajar apabila mereka pula yang dipersalahkan seandainya rumah menjadi huru-hara nanti.
Sumber: FB Nur Amalina Roslee