Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

“Berdebar Rasanya..” – 6 Bulan Nikah, Hadi & Dayana Bakal Timang Anak Sulung

8th January 2020
in Artis, Keibubapaan
“Berdebar Rasanya..” – 6 Bulan Nikah, Hadi & Dayana Bakal Timang Anak Sulung
645
SHARES
3.6k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Tahun lepas rata-rata peminat drama bersiri kanak-kanak ‘Elly & Epit’ dikhabarkan dengan berita gembira apabila 2 pelakonnya, Hadi Mazlan dan Dayana Amerda telah sah disatukan sebagai suami dan isteri. Di samping berkahwin pada usia 20 tahun, kedua-dua mereka turut menjadi inspirasi kepada ramai masyarakat apabila mengadakan majlis perkahwinan yang meriah walaupun disifatkan serba ringkas serta mengekalkan ciri-ciri patuh syariah.

BACA: [VIDEO] “Orang Tu Nak Jadi Daddy” – Lelaki Ini Sebak Bila Isteri Surprise Hamil

“Berdebar Rasanya..” – 6 Bulan Nikah, Hadi & Dayana Bakal Timang Anak Sulung

View this post on Instagram

Saat pengantin lelaki akan menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan.. Jelas nampak malu di muka and takut bersentuhan, walaupun secara rasmi sudahpun menjadi suami isteri.. MasyaAllah.. sungguh suci.. Sepanjang bertunang, mereka tidak pernah berhubung melainkan hanya benda yg penting sahaja, semua melalui ibu dan bapa, Syariat dlm islam di pegang sehinggalah mereka di satukan.. Sy yg sebak dan tidak dapat menahan perasaan sehingga kini perasaan bercampur baur.. Barakallah.. Allah memberkati mu nak.. 😭

A post shared by Aida Daud (@aidacdaud) on Jun 17, 2019 at 6:42am PDT

Tinggal beberapa bulan saja lagi…berdebar rasanya

Baru-baru ini pula, Hadi dan Dayana telah mengumumkan tentang berita kehamilan cahaya mata sulung mereka menerusi perkongsian di laman Instagram masing-masing. Sambil memuat naik sekeping foto skrin imbasan ultrasound, juara program realiti Idola Kecil 2 ini menyatakan bahawa dia sangat teruja untuk merasai detik kehamilan dan kelahiran pertamanya selepas ini.

View this post on Instagram

‎ما شاء الله Alhamdulillah. Gambar sebelum proses scan bermula (tangkap gambar tv dulu). . Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, insyaAllah. Berdebar rasanya, jazakumullahu khairan buat kalian yang selalu mendoakan dan mengirim kata kata yang baik. Buat yang sedang menanti zuriat, percayalah bahawa Allah akan hadirkan cahaya mata pada waktu yang terbaik dan paling tepat. Abaikan pandangan dan mulut manusia, kerana Allah tidak memandang kalian sebagaimana manusia yang tidak beriman dengan qada’ & qadar serta luasnya rahmatNya memandang ujian kalian. Rasulullah bertanya kepada para sahabat tentang mandul. Sabda Nabi: “Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapi anaknya tidak memberi manfaat buatnya.” (HR Ahmad).

A post shared by دايانا (@dayanaamerda) on Jan 7, 2020 at 4:12am PST

Amanah & anugerah yang sangat bermakna buat kami

Sementara itu, Hadi Mazlan pula menitipkan tanda kesyukuran terhadap Maha Esa kerana dikurniakan rezeki cahaya mata seawal ini. Sambil menerangkan bahawa anak adalah amanah yang amat berat, dia juga berazam agar dapat menjadi ibu bapa terbaik suatu hari nanti. Kedua-dua mereka turut berharap agar suami isteri yang belum mendapat zuriat jangan sentiasa bersedih dan percaya terhadap perancangan-Nya.

View this post on Instagram

ماشاءلله . Beberapa bulan lagi kami berdua akan menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah pada anak sulung yang pertama insyaAllah. . Ini merupakan suatu amanah yang sangat besar dan sekaligus anugerah yang sangat bermakna buat kami. . Bagi pasangan di luar sana, jika belum memiliki cahaya mata, jangan bersedih dan jangan pernah berhenti berdoa serta ikhtiar. . Pesanan buat diri dan semua. . Anak amanah yang berat. Jika kita memiliki namun kita tidak mendidiknya ke arah Islam, maka tiada gunanya. Dan itulah hakikat mandul yang sebenar. . Doakan kami, moga kita semua menjadi insan yang bertaqwa aamiin. ✨

A post shared by عبد الهادي (@hadi_mazlan) on Jan 7, 2020 at 4:56am PST

Semoga dikurniakan zuriat yang soleh/solehah..

Meskipun Hadi dan Dayana tidak menyatakan tempoh kehamilan mereka setakat ini, namun rata-rata netizen tetap menitipkan ucapan tahniah kepada mereka atas detik yang sangat bermakna tersebut. Selain itu mereka turut memanjatkan doa kepada Allah agar urusan hamil itu dipermudahkan sehingga ke detik bersalin sekali gus dibesarkan menjadi anak yang soleh/solehah.

“Berdebar Rasanya..” – 6 Bulan Nikah, Hadi & Dayana Bakal Timang Anak Sulung

“Berdebar Rasanya..” – 6 Bulan Nikah, Hadi & Dayana Bakal Timang Anak Sulung

“Berdebar Rasanya..” – 6 Bulan Nikah, Hadi & Dayana Bakal Timang Anak Sulung

Sumber: IG dayanaamerda & hadi_mazlan

Tags: anakberdebarCahaya Matadayanahadihamilkahwinmengandungsulung

Related Posts

“Berdebar Rasanya..” – 6 Bulan Nikah, Hadi & Dayana Bakal Timang Anak Sulung
Artis

“Saya Dihamilkan Oleh Seorang Artis Malaysia & Dia Paksa Gugurkan Kandungan”

7th June 2023
“Berdebar Rasanya..” – 6 Bulan Nikah, Hadi & Dayana Bakal Timang Anak Sulung
Artis

Video Aiman Tino & Isteri Seronok Menari Lepas Kahwin ‘Diperli’ Warganet

29th April 2023
“Berdebar Rasanya..” – 6 Bulan Nikah, Hadi & Dayana Bakal Timang Anak Sulung
Artis

“Ada Bukti Kamu Buat Hubungan Dengan Suami Orang” – Syamsul Yusof

21st April 2023
“Berdebar Rasanya..” – 6 Bulan Nikah, Hadi & Dayana Bakal Timang Anak Sulung
Hiburan

Askar Kacak Jadi Pelayan Buat Kejutan, Ibu Sebak Sempat Suap Makanan Baru Salam

10th April 2023
“Berdebar Rasanya..” – 6 Bulan Nikah, Hadi & Dayana Bakal Timang Anak Sulung
Artis

Rosyam Nor Timang Cucu Kelima, Syukur Dapat ‘Anugerah’ Comel Di Bulan Ramadhan

10th April 2023
Next Post
“Berdebar Rasanya..” – 6 Bulan Nikah, Hadi & Dayana Bakal Timang Anak Sulung

Tersembam Lepas Pijak Selimut, Budak Tergigit Lidah Sendiri Sampai Terbelah 2

Tudung Sarung Gaya Bawal Ironless

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)