Mata merupakan salah satu nikmat serta anugerah bermakna yang dihadiahkan oleh Allah SAW kepada hamba-hambanya. Dengan pancaindera tersebut, kita juga berpeluang menyaksikan sendiri pelbagai keajaiban alam yang terbentang luas atas dunia ini. Namun begitu, masih ramai juga gemar melakukan aktiviti yang boleh merosakkan organ berharga itu. Bahkan sekiranya wujud simptom tertentu, rata-rata orang hanya membiarkan mata mereka begitu sahaja dengan andaian ia akan baik sendiri.
BACA : Berlumba Amalkan Diet Makan Buah Je Jangan Pelik Kalau Dapat Osteoporosis Â
Ini memang biasa tapi ada juga yang kanser
Salah satu perkara yang sering diambil remeh adalah kewujudan tahi lalat di bahagian mata. Tompokan ini kebiasaannya mempunyai sifat berwarna merah kecoklatan ataupun hitam. Dek kerana ramai kurang peka dengan masalah ini, seorang pakar perubatan iaitu Dr Lael Salim menerusi Twitter sempat berkongsikan informasi lanjut mengenainya. Seperti yang dianggap oleh ramai orang, beliau juga menyifatkan tompokan itu sebagai benda biasa.Â
Kalau banyak gelembung air, mungkin kanser
Namun mengejutkan, ketumbuhan yang juga dikenali sebagai ‘naevus’ ini juga perlu diperiksa kerana ia juga boleh bertukar menjadi kanser mata. Pesan Doktor Lael Salim lagi, ketumbuhan tompokan yang semakin membesar di mata patut menjadi perkara merisaukan dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja apalagi jika ia semakin melarat. Menariknya, simptom ini juga boleh diperiksa secara awal menggunakan telefon bimbit anda sendiri dengan hanya mengambil gambar dan menganalisa perkembangannya secara berkala.
Sumber : Twitter Dr Lael Salim dan Harian Metro