Hari graduasi merupakan moment terindah bagi mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya menamatkan pengajian. Penat lelah selama beberapa tahun akhirnya membuahkan hasil untuk menggenggam segulung ijazah! Majlis ini biasanya diadakan dengan penuh protokol dan dihadiri oleh ramai kenalan dan ahli keluarga. Bagaimanapun, satu perkongsian di laman Twitter ini bolehlah dikatakan agak ‘rare‘ kerana kehadiran seorang graduan yang veteran di sebuah majlis konvokesyen ini menjadi tumpuan.
BACA:Â Bertemu Jodoh Di Majlis Orang, Jurufoto Dedah Isteri Yang Mula Tackle Dulu
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun Eika Zulaikha telah berkongsi foto milik datuknya sewaktu hari konvokesyen. Mungkin bukan sesuatu yang biasa kerana datuknya baru sahaja mendapat degree pada usia 87 tahun.
Atuk tak mahu datang tapi kami pujuk
Menurut Eika, warga emas itu telah mendapat Ijazah Sarjah Muda dalam kursus Pangajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Menariknya, datuknya itu pada mulanya tidak mahu menghadirkan diri pada majlis konvokesyen berkenaan tetapi setelah dipujuk akhirnya dia datang juga. Tak kisah soal degree, hanya suka belajar
Mengakhiri kapsyen, wanita itu juga mendedahkan bahawa keutamaan datuknya bukan untuk mendapatkan degree semata-mata. Namun, datuknya itu sememangnya individu yang cintakan ilmu pengetahuan. Oleh itu, dia secara peribadi mengagumi kesungguhan warga emas itu dan menasihatkan pengikut agar jangan pernah give up dalam menuntut ilmu.Â
Sangat memberi inspirasi
Sumber: Twitter Eika Zulaikha