Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Raih 9A 1B Dalam Peperiksaan, Dr Sheikh Muszaphar Dedah Rahsia Kejayaan Anaknya

8th November 2019
in Inspirasi, Keibubapaan
Raih 9A 1B Dalam Peperiksaan, Dr Sheikh Muszaphar Dedah Rahsia Kejayaan Anaknya
588
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Kebijaksaan anak-anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang bernama Sophea Isabella dan Sophea Natasha tidak perlu disangkal lagi. Apa saja aktiviti mereka yang dikongsikan oleh Angkasawan Negara ini tentu sekali mencuri perhatian ramai apabila rata-rata netizen berasa kagum melihatnya. Terbaru, beliau berkongsi video yang memaparkan 2 anak perempuannya itu di laman Instagram peribadi.

BACA : Sambut Anniversary Ke-9, Isteri Dr Sheikh Muszaphar Menitiskan Air Mata Sebab..

Bella dapat keputusan cemerlang, 9A 1B

Menurut kapsyen yang dimuat naik, Bella telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 9A 1B bagi peperiksaan Sekolah Rendah Agama (SRA) baru-baru ini. Tambah Dr Sheikh Muszaphar, anak perempuan sulungnya itu telah berusaha untuk mendapatkan iPad seperti yang dijanjikannya. Namun, janji tersebut hanya ditunaikan sekiranya dia mendapat keputusan 10A.

View this post on Instagram

A post shared by Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

Cemerlang dalam sukan & akademik

Tambah bapa kepada 4 orang cahaya mata ini lagi, Bella biasanya akan mencapai kecemerlangan dalam apa jua yang dilakukannya tidak kiralah bidang sukan mahupun akademik. Malah beliau telah banyak menggantungkan pingat milik anak-anaknya di dinding sebagai sumber inspirasi untuk meraih pencapaian yang lebih tinggi.

Bella sentiasa bersemangat dalam apa saja perkara yang dilakukannya.

Raih 9A 1B Dalam Peperiksaan, Dr Sheikh Muszaphar Dedah Rahsia Kejayaan Anaknya

Daddy akan sentiasa bangga dengan kamu..

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi rahsia kejayaan Bella iaitu dia akan menumpukan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas. Hal ini kerana kanak-kanak berusia 8 tahun tersebut berpengetahuan tentang 10 subjek yang diambilnya. Malah Bella juga merupakan ketua kelas SRA dan mahu menjadi pengawas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan cara menyertai aktiviti seperti debat, gimnastik, taekwondo dan tarian dengan harapan dapat menyandang jawatan tersebut. 

Kudos Bella. Semoga awak Berjaya suatu hari nanti. Daddy akan sentiasa bangga dengan kamu. Kamu telah capai kejayaan yang lebih banyak berbanding daddy.

Raih 9A 1B Dalam Peperiksaan, Dr Sheikh Muszaphar Dedah Rahsia Kejayaan Anaknya

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar

Tags: 9A 1BcemerlangDr. Sheikh Muszaphar Shukorkejayaankeputusanrahsiasophea isabella
Next Post
Raih 9A 1B Dalam Peperiksaan, Dr Sheikh Muszaphar Dedah Rahsia Kejayaan Anaknya

Tinggal Nota & Nafkah Buat Isteri, Tanggungjawab Suami Ini Wajar Dicontohi

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)