Kebijaksaan anak-anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang bernama Sophea Isabella dan Sophea Natasha tidak perlu disangkal lagi. Apa saja aktiviti mereka yang dikongsikan oleh Angkasawan Negara ini tentu sekali mencuri perhatian ramai apabila rata-rata netizen berasa kagum melihatnya. Terbaru, beliau berkongsi video yang memaparkan 2 anak perempuannya itu di laman Instagram peribadi.
BACA :Â Sambut Anniversary Ke-9, Isteri Dr Sheikh Muszaphar Menitiskan Air Mata Sebab..
Bella dapat keputusan cemerlang, 9A 1B
Menurut kapsyen yang dimuat naik, Bella telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 9A 1B bagi peperiksaan Sekolah Rendah Agama (SRA) baru-baru ini. Tambah Dr Sheikh Muszaphar, anak perempuan sulungnya itu telah berusaha untuk mendapatkan iPad seperti yang dijanjikannya. Namun, janji tersebut hanya ditunaikan sekiranya dia mendapat keputusan 10A.
Cemerlang dalam sukan & akademik
Tambah bapa kepada 4 orang cahaya mata ini lagi, Bella biasanya akan mencapai kecemerlangan dalam apa jua yang dilakukannya tidak kiralah bidang sukan mahupun akademik. Malah beliau telah banyak menggantungkan pingat milik anak-anaknya di dinding sebagai sumber inspirasi untuk meraih pencapaian yang lebih tinggi.
Bella sentiasa bersemangat dalam apa saja perkara yang dilakukannya.
Daddy akan sentiasa bangga dengan kamu..
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi rahsia kejayaan Bella iaitu dia akan menumpukan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas. Hal ini kerana kanak-kanak berusia 8 tahun tersebut berpengetahuan tentang 10 subjek yang diambilnya. Malah Bella juga merupakan ketua kelas SRA dan mahu menjadi pengawas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan cara menyertai aktiviti seperti debat, gimnastik, taekwondo dan tarian dengan harapan dapat menyandang jawatan tersebut.Â
Kudos Bella. Semoga awak Berjaya suatu hari nanti. Daddy akan sentiasa bangga dengan kamu. Kamu telah capai kejayaan yang lebih banyak berbanding daddy.
Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar