Utama Inspirasi Pupuk Semangat Patriotik, Adik 3 Tahun Ini Cipta Bendera DIY.. Memang Kreatif!

Pupuk Semangat Patriotik, Adik 3 Tahun Ini Cipta Bendera DIY.. Memang Kreatif!

Kemerdekaan membawa makna yang cukup besar bagi sesebuah negara. Disinilah, kita mengimbas kembali sejarah dan titik permulaan negara kita yang bebas daripada cengkaman penjajah. Kebiasaannya, Hari Kemerdekaan ini akan disambut meriah dengan kibaran bendera dan perarakan. Namun, setiap orang ada cara tersendiri untuk mengekspresikan rasa cinta mereka kepada tanah air. Buktinya, seorang kanak-kanak lelaki ini yang telah mencipta bendera daripada hasil tangannya sendiri.

BACA: Saya Sayang Toilet Kita – Gadis Terharu Budak Darjah 3 Hargai Pekerjaan Mak

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun Naqibah Yakob telah berkongsi beberapa foto anaknya yang bernama Syahid Yusuff sedang gigih menghasilkan bendera Malaysia dan bendera negeri Sarawak. Menariknya, bendera tersebut dibuat dengan hasil tangan anaknya sendiri menggunakan bahan-bahan seperti kotak telur, batang ais krim dan benang. 




Timbul idea

Menurut ibunya, Yusuff menghasilkan bendera tersebut kerana terdapat projek seni di sekolah yang meminta setiap murid membawa bendera Malaysia dan bendera negeri sempena Hari Kemerdekaan. Jadi daripada situ, dia mencadangkan idea kepada anaknya untuk menghasilkan bendera itu sendiri.

“Sebelum ini, saya sudah belikan dia bendera”

Menurut sebuah portal berita, Naqibah sebenarnya sudah pun membelikan anaknya bendera tetapi dirosakkan oleh adiknya. Perkara itu membuatkan kanak-kanak comel itu menangis dan nekad mahukan bendera yang baru.




Kredit foto mstar

Bangga dengan bendera tersebut

Biarpun terpaksa bersusah-payah menghasilkan bendera itu sendiri, tetapi Yusuff kelihatan begitu bangga dan teruja untuk membawa hasil tangannya itu ke sekolah. Dalam masa yang sama, cikgu-cikgu di sekolah turut memuji dia atas kesungguhan untuk mengibarkan Jalur Gemilang yang dimiliki oleh budak berusia tiga tahun ini.

Sumber: mstar & Twitter Naqibah Yakob

 

Artikel Popular