Utama Gaya Hidup Jangan Amalkan Marah Anak & Post Ke Media Sosial.. Profesor Ini Dedah...

Jangan Amalkan Marah Anak & Post Ke Media Sosial.. Profesor Ini Dedah Kesannya

Tidak pastilah sama ada trend atau memang tujuan untuk mengajar anak-anak tetapi sekarang semakin ramai ibu bapa suka memarahi anak-anak secara terbuka. Dalam hal ini, mereka bukan sahaja menegur anak-anak secara terang-terangan di hadapan orang lain, malah memuat naik ke media sosial. Tindakan seumpama itu sebenarnya memberi ruang kepada masyarakat dunia untuk melihat kekurangan dan menghakimi anak-anak. 

BACA: 591 Hari Sudah Pergi, Tapi Anak Masih Gigih Bawa Potret Ibu Teman Daki Gunung

Kredit foto Harian Metro

Menurut seorang Profesor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T Gershoff, perbuatan sebegini tidak sepatutnya dilakukan kerana ibu bapa tidak mempunyai hak untuk mengawal sebarang komen yang dilontarkan. Jika komen tersebut berbentuk negatif, maka emosi anak-anak akan terjejas. Berikut adalah kesan daripada perbuatan ‘child shaming‘. 




Anak berasa tertekan & malu

Jika ibu bapa berkongsi perbuatan anak-anak di media sosial, maka perkara ini akan sampai ke pengetahuan kawan-kawan, guru atau kenalan di sekolah. Tidak mustahil jika anak-anak pula akan menjadi bahan ejekan, usikan dan gurauan sehingga mereka berasa malu dan tertekan. 

Kesan jangka panjang

Sesebuah video yang dimuat naik akan kekal selagi ia tidak dipadamkan. Hal ini akan memberi kesan jangka panjang kerana selagi orang menonton video tersebut, maka kisah itu akan selalu menjadi perbualan. 

Hanya berdisiplin depan ibu bapa

Tindakan sedemikian membuatkan anak hanya berdisiplin dalam tempoh sementara kerana mereka tidak mahu ditularkan lagi. 




Gambar sekadar hiasan

Hilang hormat dan tidak puas hati

Child Shaming‘ ini akan menuai perasaan marah dan sedih dalam diri anak yang akhirnya membuatkan mereka hilang hormat gara-gara tidak berpuas hati.

Menjejaskan keyakinan

Pendedahan yang dimuat naik di media sosial akan bertahan lama dan dalam beberapa detik saja boleh tersebar ke seluruh dunia. Hal ini menyebabkan keburukan anak anda akan diketahui oleh ramai orang dan sentiasa menjadi sasaran sindiran dan cacian. 

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook Harian Metro




Artikel Popular