Utama Gaya Hidup Buat Parodi Sweet Dreams, Gelagat Lelaki Tiru Babak Qash & Puteri Curi...

Buat Parodi Sweet Dreams, Gelagat Lelaki Tiru Babak Qash & Puteri Curi Tumpuan

Biarpun drama popular ‘Sweet Dreams’ telah melabuhkan tirainya minggu lepas, namun ianya ternyata telah memberi satu fenomena baru dalam industri drama Melayu di Malaysia. Sejak drama tersebut ditayangkan di televisyen, ramai orang mula menyukai watak yang dilakonkan oleh Mira Filzah dan Ben Amir. Buktinya, sebuah video ini telah viral apabila seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun Hidayah memuat naik gelagat dua orang individu yang melakukan parodi drama tersebut.

BACA: [VIDEO] Demam Sweet Dreams Menjadi2, Sampai Pikat Mira Filzah Pun Guna Isyarat!

Video tersebut memaparkan dua orang lelaki sedang meniru satu adegan yang lazimnya dilakukan oleh pelakon Mira Filzah dalam Ben Amir dalam montaj drama tersebut setiap kali ada selingan iklan. Menariknya, gelagat dua orang lelaki ini berpakaian seakan-akan Mira Filzah dan Ben Amir telah menimbulkan kelucuan.




Sweet Dreams Episod 21

Bagi yang mengikuti drama bersiri ini, mereka akan tahu bahawa episod drama tersebut hanya merangkumi 20 episod kesemuanya. Namun, video parodi itu dibuat kononnya untuk mempromosikan episod terbaharu untuk drama berkenaan. 

Iklan Mira Filzah & Ben Amir

Lebih menggeletek hati, mereka turut meniru babak dalam iklan Sweet Dreams yang dilakonkan oleh Qash dan Puteri. Jika dalam babak sebenar, Qash telah datang kepada Puteri dengan membawa payung tetapi mereka mencipta kelainan dalam parodi kali ini kerana lelaki yang menjadi Qash itu datang membawa pokok kelapa.




Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya telah terhibur gara-gara adegan yang ditiru, malah tidak kurang juga yang memberikan komen lucu. Keseluruhannya, posting tersebut telah mendapat lebih 25 ribu retweets dan 19 ribu likes setakat ini. 

Berdekah dalam lif

Kad matrik pun tak tanggal

Gigih bawa pokok

Sumber: Twitter Hidyh_r




Artikel Popular