Sejak siang tadi, kecoh di segenap laman sosial tentang paparan video apabila seorang ustazah dipaksa merangkak dalam kelas oleh wanita dipercayai ibu kepada salah seorang muridnya. Sehingga kini, rakaman berdurasi 2 minit 17 saat itu menjadi perbualan ramai yang mengkritik tindakan wanita terbabit meskipun anaknya didakwa turut dikenakan hukuman sama sebelum ini. Lebih memeritkan, insiden itu disaksikan oleh murid-murid lain bersama seorang lagi guru dalam bilik darjah berkenaan.
BACA:Â Anak Mengadu Teruk Dimarah, Ibu Terjah & Denda Ustazah Merangkak Satu Kelas
Konflik berakhir….ibu bapa tampil buat permohonan maaf
Menerusi satu muat naik terbaru di halaman Facebook Bagan Datuk Kini, difahamkan wanita yang membuat rakaman video terbabit telah tampil bertemu dengan ustazah berkenaan di Madrasah Ad Diniah Islamiah bagi menyelesaikan isu viral ini. Dia dan suami juga telah membuat permohonan maaf dalam perjumpaan tertutup itu demi kebaikan kedua-dua belah pihak. Malah admin FB page tersebut juga berharap agar insiden ini menjadi pengajaran buat masyarakat di luar sana khususnya ibu bapa.
Lain kali jangan suka viralkan orang…kesian maruah ustazah tu
Meskipun baru sejam status berikut dimuat naik, tetapi ia telah meraih lebih seribu perkongsian setakat ini. Meskipun ramai pihak lega apabila mendapat tahu tentang hasil pertemuan bermakna itu, namun tak kurangnya juga ada yang berharap agar ustazah berkenaan tetap mengambil tindakan wajar bagi sekurang-kurangnya membersihkan maruanhnya daripada terus tercalar.
Sumber: FB Bagan Datuk Kini