Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana hari ini menjadi lebih serius. Akhirnya, setelah lama berteka-teki, Syamsul Yusof tampil membuat kenyataan mengejut dan mengesahkan bahawa dia sudah bernikah dengan Ira Kaza, anak kepada pelakon, Kazar Saisi hari ini di Thailand. Tumpuan netizen kini beralih kepada keluarganya terutama sekali Datuk Yusof Haslam apabila tiada kelibat keluarga pihak lelaki di dalam gambar pernikahan selain kehadiran Kazar Saisi selaku wali pengantin perempuan.
BACA :Â Ayah Belikan Daging, Anak-Anak Was-Was Sekali ‘Check’ Memang Babi
Datuk Yusof Haslam akui terkejut mendengar berita tersebut kerana tidak dimaklumkan langsung oleh Syamsul selain mendapat tahu mengenai pernikahannya menerusi seorang rakan, seolah-olah Syamsul membelakangkannya dan keluarga. Namun, Datuk Yusof Haslam hanya mampu redha dan tidak membenci Syamsul selain mendoakan yang terbaik untuk anaknya dan menantu, Puteri Sarah Liyana.
“Cuma, saya sedikit kesal kenapa dia simpan rahsia itu terlalu lama sampai 4 tahun? Kenapa tidak berterus-terang dari awal kepada isterinya?
Â
Baginya, tindakan Syamsul Yusof selama ini bermain teka-teki banyak menyeksa hati dan perasaan isteri pertamanya. Selain itu, kemelut rumah tangga mereka menyebabkan kedua-dua cucunya tidak dapat merasai kehidupan berkeluarga yang bahagia. Datuk Yusof Haslam berharap anaknya tetap bertanggungjawab memberi nafkah jika berlaku sesuatu kepada rumah tangga mereka kerana beliau yakin menantunya akan memperjuangkan haknya sebagai seorang isteri.
“Saya tidak boleh cakap apa lagi kerana benda pun sudah berlaku. Bagi saya, jika dia berterus-terang lebih awal, masalah dapat diselesaikan dengan cepat.”
Sepatutnya Syamsul Yusof tangani isu ini lebih awal dan tidak berdiam diri apabila Puteri Sarah Liyana mempertahankan haknya sebagai seorang isteri, semestinya hal ini tidak menjadi kontroversi yang hangat dibicarakan oleh masyarakat. Lebih-lebih lagi, tindakannya juga menyebabkan isterinya mendapat pelbagai kecaman dek membuka aib suami.
Perkembangan terkini mendapati Puteri Sarah Liyana melalui ‘story’nya di Instagram telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa Ira Kaza didapati tidak mematuhi Perintah Injuksi selain menghina mahkamah. Oleh itu, Puteri Sarah Liyana menerusi peguamnya akan menyaman madunya itu sebanyak RM10 juta.
Sumber : Berita Harian , Instagram Puteri Sarah Liyana