Utama Cinta & Perhubungan Pernah Satu Sekolah & Mesej Di IG Story, 'Couple' Muda Ini Ke...

Pernah Satu Sekolah & Mesej Di IG Story, ‘Couple’ Muda Ini Ke Jinjang Pelamin

Bila berbicara tentang jodoh, ianya memang tidak dijangka sama sekali. Benar, kita boleh merancang tetapi hanya Allah yang menentukan. Kadangkala, sesuatu peristiwa yang berlaku itu penuh dengan kejutan dan sangat tidak disangka-sangka. Buktinya, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @aqlasyrf_ telah mendapat perhatian netizen apabila dia menemui jodoh dengan isterinya sekarang melalui satu perbualan ringkas di Instagram. 

BACA: Bertemu Jodoh Di Majlis Orang, Jurufoto Dedah Isteri Yang Mula Tackle Dulu

Kisah ini menjadi apabila lelaki yang bernama Aqil Asyraaf, 20 tahun, ini berkongsi satu screenshot dia dan isteri, Ummi Nadhirah Zaili Ikram di Instagram Story. Dalam paparan tersebut, dia telah menunjukkan detik awal perkenalannya dengan isteri dan gambar mereka selepas sahaja akad nikah.




Belajar satu sekolah

Menyorot kronologi percintaan mereka, dia dan isteri pernah belajar di sekolah rendah yang sama. Bukan itu sahaja, mereka juga saling mengikuti satu sama lain di Instagram namun tidak pernah memulakan sebarang perbualan sehinggalah si isteri membalas satu perkongsian dia di IG Story. 

Saya baru selesai menonton bola di Stadium Nasional Bukit Jalil dan mengajak sesiapa yang berhampiran untuk keluar bersama. Tak sangka isteri membalas.

Dalam Instastory berkenaan, dia pada mulanya mengajak sesiapa yang berdekatan untuk keluar bersama selesai dia menonton bola. Namun, dia tidak menyangka rakan sekolah rendahnya itu membalas dan sudi dengan pelawaan tersebut. Dari detik itu, dia dan isterinya menjadi lebih rapat. 




Dari IG Story, akhirnya mereka sepakat untuk mendirikan rumah tangga pada 7 September 2019. Bertanyakan tentang keputusan untuk berkahwin pada usia 20 tahun, kedua-dua mereka telah mendapat persetujuan keluarga biarpun masih menuntut di universiti. 

Sumber: Harian Metro & Twitter aqlasyrf




Artikel Popular