BuIimia nervosa ataupun masalah kesihatan di mana seseorang itu cuba untuk mengekalkan berat badan yang rendah. Masalah tersebut dilakukan dengan cara memuntahkan semula makanan yang dimakan secara berlebihan atau membuang air besar. Antara kesannya termasuklah berat badan akan berubah-ubah, kekurangan nutrisi, masalah perut dan usus, haid tidak teratur serta banyak lagi.
BACA : Kajian Buktikan Kerja Lebih 52 Jam Seminggu, Risiko Botak Adalah 2 Kali Ganda
Pantang nampak makanan di peti, BMI cecah tahap obese
Turut pernah mengalami masalah sama, seorang personaliti TV terkenal iaitu Hazeman Huzir tampil membuat perkongsian tentang pengalamannya menerusi laman Twitter. Jelas Haze, dia berhadapan dengan situasi di mana sukar mengawal selera selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Indeks Jisim Tubuh (BMI) miliknya mencecah tahap obesiti.
Makan makanan tak sihat, muntahkan semula..
Disebabkan itu, ada sesetengah individu yang memandang serong terhadap keadaan fizikalnya. Sejak daripada itu, pandangannya terhadap makanan berubah apabila dia mula menjamu makanan yang tidak sihat dan memuntahkannya semula.
Hari ini aku sihat, ada ilmu bersenam & diet
Selepas beberapa tahun Haze mula sedar akan masalah yang dihidapinya itu dan dia mula untuk mengamalkan cara hidup sihat dengan melakukan senaman serta menjaga pemakanan (diet). Tambahnya lagi, dia boleh saja untuk mengurangkan berat badannya tapi cara ekstrem itu tapi risikonya adalah menyebabkan seseorang itu hilang nyawa.
Sumber : Twitter Hazeman Huzir , myhealth.gov.my