Utama Cinta & Perhubungan Pernah Dilabel Klon 'Running Man Jihyo', Instafamous Kongsi Kisah Kenal Suami

Pernah Dilabel Klon ‘Running Man Jihyo’, Instafamous Kongsi Kisah Kenal Suami

Nama Adira Salahudi pernah naik pada suatu ketika dahulu gara-gara wajahnya yang dikatakan seiras dengan bintang rancangan realiti televisyen Korea yang terkenal iaitu Running Man. Gelaran ‘Song Ji Hyo Malaysia’ agak sinonim dengan dirinya. Gadis berumur 24 tahun ini berasal dari Terengganu dan wajahnya kerap menjadi model bagi aneka produk kosmetik serta pakaian bagi butik-butik terkenal.Β 

BACA:Β [FOTO] Viral Make Up Persis Barbie, Bila Diselidik Rupanya Mek Kelate!

Baru melangsungkan perkahwinan

Hujung minggu yang lalu, gadis cantik ini selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka yang tidak kurang tampannya iaitu Ammar Azizan. Majlis yang dilangsungkan itu turut dihadiri rakan-rakan model serta social media influencer yang lain.

 

Girls! Kita kena jual mahal tau

Wanita cantik ini sempat berkongsi kisah perkenalannya dengan suami di laman Instagram miliknya. Kata Adira, mereka berkenalan sejak masih di bangku sekolah lagi. Waktu itu instafamous tersebut masih di Terengganu manakala suaminya tinggal di Klang. Walaupun sempat jual mahal, tapi usaha si suami dalam memikat nampaknya berhasil.Β 




View this post on Instagram

Suami paling comel 😍 . Kalau korang nak tahu Adira kenal Ammar dekat Twitter, masa i form 4 dia pula 18tahun. Kitorang duk bertweet tweet sampai la Ammar minta phone number. Masa tu Adira tahu Ammar nak ngorat ni. But malas nak layan sangat! Girls kita kena jual mahal tau. Biar lelaki rasa susah nak dapat hahaha. So yang i tertarik nak layan Ammar ni pun sebab dia kelakar. Macam korang tahu la dia penuh dengan loya buruk dia kan. And dia selalu hiburkan hari hari i. So dia dah minta number tu. I tak bagi dengan macam tu je. I suruh dia teka no i 3 kali if salah, kita contact thru Twitter je! And dia dah gelabah how nak teka kan no phone kan panjang. Then i cakap contoh number phone β€œ01000000xx” so teka yang xx tu. Sebab number β€œxx” tu number yang sama. Dia teka sekali salah. Then dia takut salah lagi. Dia try call dari no 1-9 . Then dia call satu satu. Hahaha sampai la jumpa no i. And i angkat, dia tanya β€œHi. Ni Adira ke? . . Bersambung….

A post shared by π€πƒπˆπ‘π€ π’π€π‹π€π‡π”πƒπˆ (@adirasalahudi) on

Rasa macam nak kahwin pulak




Kisah perkenalan mereka nyata mencuit hati pengikut di laman Instagram Adira. Ramai yang kagum dengan usaha si suami bersikap ‘loya buruk’ untuk memikat hati isteri. Perkenalan yang bermula dari Twitter itu memperlihatkan juga usaha Ammar dalam mendapatkan nombor telefon Adira setelah berusaha berulang kali.Β 

Sumber: Instagram Adira Salahudi




Artikel Popular