Tidak dinafikan, memiliki gigi yang cantik dan tersusun merupakan idaman bagi setiap manusia khususnya wanita. Malah ia juga bagaikan penyeri kepada senyuman seseorang. Namun lain pula kisah dialami gadis ini apabila sering diejek kerana memiliki susunan gigi yang tidak sempurna.
BACA :Â Disisih Guru & Kawan, Kisah Anak-Anak Istimewa Masuk Sekolah Ini Cetus Sebak
Pernah diejek gigi salah ‘parking’..
Terdahulu, gadis bernama Farah Natasya Abd Rahman pernah berkongsi video memaparkan penampilannya sebelum dan selepas menjalani rawatan gigi di Twitter. Malah dia turut berkongsi pengalamannya diejek dan dihina gara-gara memiliki gigi rongak. Namun perkara itu tidak mematahkan semangat serta kayakinan diri, sebaliknya menganggap ejekan yang diterima itu sebagai dorongan untuk menjadikan dirinya lebih baik.
https://twitter.com/faithsug3r_/status/1250741735853920258?s=19
Terpaksa berhabis sehingga RM6,000
Ujar gadis berusia 23 tahun ini, keinginannya mengubah penampilan timbul selepas mendapat nasihat daripada seorang doktor yang hadir untuk membuat pemeriksaan gigi di sekolah. Disebabkan struktur susunan gigi yang agak serabut, dia disarankan untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan khusus sehingga mencecah RM6,000.
Hanya mereka yang pakai gigi ‘besi’ saja faham perasaan itu..
Malah pengalaman sepanjang memakai pendakap gigi selama dua tahun enam bulan turut dikongsinya. Akui Farah, rasa ngilu dan menyakitkan ketika pengenakan alatan itu kini sudah kebal dalam dirinya. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) itu mengakui dia gembira dengan penampilannya sekarang dan berasa lebih yakin.
Sumber : Harian Metro, Twitter faithsug3r_