Inspirasi Keibubapaan

Disisih Guru & Kawan, Kisah Anak-Anak Istimewa Masuk Sekolah Ini Cetus Sebak

Disisih Guru & Kawan, Kisah Anak-Anak Istimewa Masuk Sekolah Ini Cetus Sebak

Sharing is caring!

Dalam dunia ini, terdapat golongan kanak-kanak yang sentiasa berdepan masalah semasa proses pembelajaran seperti autisme, lembab dan sebagainya. Walau bagaimanapun, itu bukanlah bermaksud bahawa mereka tidak memiliki sebarang potensi untuk berjaya atau berdikari dewasa kelak. Bersempena minggu pertama persekolahan tahun ini, berikut adalah antara perkongsian ibu bapa murid pendidikan khas di Facebook group Autisme Malaysia.

BACA: Guru Ini Dedah Sikap Buruk Ibu Bapa Tipu Nilai Gaji, Tamak Bantuan Sekolah Anak

Larikan diri…cikgu tutup semua pintu kelas

Menurut perkongsian pertama oleh Puan Nor Hidayu, anaknya bernama Zara ini telah menimbulkan kerisauan apabila lari daripada kelas sewaktu sesi P&P sedang berlangsung. Susulan itu, gurunya terpaksa menutup kesemua pintu kelas agar kejadian sama tak berulang. Wanita ini turut memberitahu bahawa pihak sekolah tersebut juga berbesar hati untuk memberikan surat sokongan agar Zara dibawa berjumpa pakar bagi merawat tingkah lakunya tadi.

Disisih Guru & Kawan, Kisah Anak-Anak Istimewa Masuk Sekolah Ini Cetus Sebak

Disisih Guru & Kawan, Kisah Anak-Anak Istimewa Masuk Sekolah Ini Cetus Sebak

Tak reti nak balik…cikgu terpaksa dukung bawa keluar


Namun begitu, lain pula kisahnya mengenai seorang kanak-kanak yang menghidap masalah lewat bercakap ini. Menurut ibunya, tahun ini Nur Medina Asyfa telah memulakan sesi persekolahan di sebuah playschool lengkap dengan sesi terapi selepas disarankan oleh doktor yang merawatnya. Siapa sangka, kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun lebih ini berkeras enggan pulang ke rumah sehingga terpaksa didukung keluar oleh gurunya.

Disisih Guru & Kawan, Kisah Anak-Anak Istimewa Masuk Sekolah Ini Cetus Sebak

Disisih Guru & Kawan, Kisah Anak-Anak Istimewa Masuk Sekolah Ini Cetus Sebak

Tak nak pakai tudung…kawan-kawan ejek ugly¬†

Dalam pada itu, penampilan murid istimewa yang dipanggil Mia ini telah diejek oleh rakan-rakan sebaya gara-gara enggan memakai tudung sewaktu berada di sekolah. Akibatnya, dia merajuk sehingga mengelak ke sekolah kerana tak tahan dengan kata-kata yang menyakitkan itu. Bagi mengatasi masalah tersebut, ibunya bekerjasama dengan guru untuk cuba memujuk murid pendidikan khas ini agar selesa menimba ilmu pengetahuan di sana.

Disisih Guru & Kawan, Kisah Anak-Anak Istimewa Masuk Sekolah Ini Cetus Sebak

Disisih Guru & Kawan, Kisah Anak-Anak Istimewa Masuk Sekolah Ini Cetus Sebak


Suka merayau dalam kelas…cikgu reject anak

Pengguna Facebook bernama Diyana Dee ini pula telah berdepan detik sukar apabila salah seorang guru di prasekolah tak menerima langsung anak istimewanya. Difahamkan perkara itu tercetus apabila kanak-kanak lelaki berkenaan sering merayau-rayau di dalam kelas. Luah wanita ini lagi, dia tidak bersedih kerana dikurniakan cahaya mata dalam keadaan sebegini. Sebaliknya, dia kecewa apabila orang lain langsung tak memberikannya peluang dan bakal mencari pusat tadika lain selepas ini.

Disisih Guru & Kawan, Kisah Anak-Anak Istimewa Masuk Sekolah Ini Cetus Sebak

Disisih Guru & Kawan, Kisah Anak-Anak Istimewa Masuk Sekolah Ini Cetus Sebak

Sumber: FB Autisme Malaysia


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Disisih Guru & Kawan, Kisah Anak-Anak Istimewa Masuk Sekolah Ini Cetus Sebak

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram