Viral

“Pergi Bertiga, Balik Berdua”-Wanita Kongsi Detik Pilu Terpaksa Gugur Kandungan

“Pergi Bertiga, Balik Berdua”-Wanita Kongsi Detik Pilu Terpaksa Gugur Kandungan
Rasaflix

Sharing is caring!

Rezeki cahaya mata adalah anugerah yang paling dinanti-nantikan oleh setiap suami isteri. Akan tetapi, nikmat itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikecapi bagi segelintir pihak apabila banyak pula dugaan yang mendatang. Misalnya, seorang wanita yang dikenali sebagai Fatin Farhani ini berkongsi pengalamannya terpaksa mengugurkan kandungan kerana mengalami masalah kehamilan luar rahim.

BACA: Viral Adik Syahmi Nak Hadiah Kaki, Ibu Dedah Pernah Disaran Gugurkan Kandungan

Pergi bertiga,pulang berdua… kena berpuasa malam sebelum operation, reda rezeki anak belum tiba

Menerusi TikTok, wanita berkenaan dikatakan memasuki bahagian kecemasan di sebuah pusat perubatan selepas mendapat surat daripada pihak klinik. Selain perlu berpuasa pada malam sebelumnya, Fatin juga diberikan sedikit penerangan daripada doktor mengenai proses operation yang dilalui olehnya sebelum memasuki dewan OT. Dengan penuh rasa pasrah, dia juga sempat memohon maaf kepada suaminya dan reda selain menganggap rezeki anak belum tiba buat mereka.


@fatinfarahani_

dah boleh nmpk bentuk baby kan ? 🥲#fypシ #tiktokmalaysia #foryoupage #imok

♬ original sound – edits44 – edits44

Masih ada harapan walaupun dah tiada satu saluran… suatu hari nanti pasti akan ada rezeki

Video berdurasi 31 saat berkenaan telah meraih lebih 390 ribu tontonan setakat ini. Selain memberikan semangat, ramai netizen juga yang berpendapat Fatin boleh hamil sekali lagi walaupun hanya mempunyai sebelah sahaja tiub fallopio. Dalam pada itu, segelintir mereka turut mendedahkan pernah mengalami masalah sama seperti wanita tersebut.

“Pergi Bertiga, Balik Berdua”-Wanita Kongsi Detik Pilu Terpaksa Gugur Kandungan

“Pergi Bertiga, Balik Berdua”-Wanita Kongsi Detik Pilu Terpaksa Gugur Kandungan


“Pergi Bertiga, Balik Berdua”-Wanita Kongsi Detik Pilu Terpaksa Gugur Kandungan

“Pergi Bertiga, Balik Berdua”-Wanita Kongsi Detik Pilu Terpaksa Gugur Kandungan

Sumber: TikTok Fatin Farahani

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

“Pergi Bertiga, Balik Berdua”-Wanita Kongsi Detik Pilu Terpaksa Gugur Kandungan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram