Utama Keibubapaan Pernah Depress Setahun, Wanita Dedah Detik Terakhir Ibu Sebelum Pergi Selamanya

Pernah Depress Setahun, Wanita Dedah Detik Terakhir Ibu Sebelum Pergi Selamanya

Pemergian insan tersayang terutamanya ibu bapa atau ahli keluarga pasti memberikan impak yang sangat besar dalam hidup seseorang. Tak kiralah sekejap atau lama tiada di dunia lagi, namun rasa kesedihan serta kerinduan terhadap mereka akan tetap dirasai dan takkan pernah berpenghujung. Seperti yang diluahkan oleh seorang pengguna Twitter bernama @shazreeyana ini biarpun berpisah nyawa dengan ibunya sejak 9 tahun lalu.

BACA: Anak Pergi Dulu, Isteri Pula Menyusul Lepas Bertarung Nyawa Akibat Sesak Nafas

Saya depress selama setahun sejak kehilangan ibu..




Menurut Shazreeyana, ibunya telah pulang ke rahmatullah gara-gara sejenis kanser paru-paru yang biasa dialami oleh ‘secondhand smoker‘. Malah selaku seorang pelajar bidang perubatan ketika itu, dia ternyata berasa sangat khuatir apabila masalah kesihatan itu didiagnosis oleh para doktor yang memeriksa wanita terbabit. Dia turut mendedahkan punca bagaimana ibunya boleh menghidap komplikasi berkenaan.




Masih ingat rambut dia gugur…menangis takut abah tak tertarik dengan dia

Meskipun diuji sedemikian rupa, namun ibunya tetap bersemangat positif dan tabah melakukan setiap jenis rawatan serta menurut setiap kata doktor. Pun begitu jika dia berasa hampa, maka @shazreeyana akan tampil membantunya kerana waktu itu mereka sangat rapat macam kawan baik masing-masing.




Gambar sekadar hiasan

Mama hembuskan nafas terakhir hari Jumaat…bulan Ramadhan




Meskipun mereka sering membuatkan wanita itu ceria dan gembira, namun segalanya berubah apabila kadar oksigen dalam badannya disahkan semakin berkurangan. Selaku anak, @shazreeyana tidak dapat menyimpan perasaan hiba apabila insan kesayangannya itu tidak berpeluang melihat anak-anak bergraduasi atau menamatkan zaman bujang masing-masing.




Bila mama dah pergi…menyesal dulu tak dengar cakap dia




Lumrah manusia hanya akan menghargai sesuatu perkara apabila telah kehilangannya. Walaupun hidupnya agak kucar-kacir selepas detik yang sangat sedih itu, namun wanita ini tetap berpegang dengan kata-kata ibunya yang masih tersemat di hati. Dia turut berharap agar kisah kehidupannya ini menjadi pengajaran bersama baik mereka yang masih ada ibu bapa atau yang senasib dengannya.




Sumber: Twitter shazreeyana




Artikel Popular