Bila bercakap pasal majlis perkahwinan, banyak perkara yang perlu bakal pengantin ambil tahu dan uruskan. Kalau tidak disusun dengan betul, mungkin akan ada yang terlepas dari pandangan. Selain dari pelamin, katering, kad kahwin dan juga jemputan, hantaran juga antara perkara yang terpenting bagi memastikan majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar dan tiada masalah.
BACA:Â Dikecam Ambil Foto Buruk Guna Phone, Ini Tips Jurufoto Buat Pengantin Tetamu
Tentukan bajet hantaran
Sebagai permulaan, bakal pengantin seeloknya menentukan bajet yang tertentu bagi membeli hantaran. Ini untuk mengelakkan penggunaan yang berlebihan sewaktu berbelanja. Tidak perlu hantaran yang berlebihan, cukuplah sekadar ikut syarat. Adalah lebih baik juga sekiranya anda dapat mengasingkan bajet hantaran kepada beberapa kategori iaitu untuk dulang, gubahan dulang dan barangan hantaran itu sendiri.
Berapa jumlah dulang
Selepas menentukan bajet bagi hantaran, tentukan pula jumlah dulang yang hendak disediakan. Berapa dibalas berapa. Mengikut adat Melayu dari dulu, jumlah bilangan dulang adalah bersifatkan nombor ganjil. Jika pengantin perempuan menetapkan 7 dulang, kebiasaannya pihak lelaki akan membalas dengan 5 dulang. Semua ini terserah kepada kedua-dua belah pihak dalam menentukan jumlah dulang yang terlibat.
Sesuaikan dengan warna dan tema majlis
Jika bakal pengantin sudah menetapkan warna serta tema majlis, hantaran juga perlulah seirama dengannya. Elakkan memilih barang hantaran yang terlampau kontra dengan tema majlis. Contohnya, jika anda mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan Inggeris, adalah tidak sesuai untuk menghias hantaran menggunakan konsep tradisional Melayu.Â
Barang adat mestilah tidak dilupakan
Apa itu barang adat? Barang adat adalah seperti sirih junjung, bunga rampai, Al-Quran, sejadah, serta telekung solat yang sudah sentiasa menjadi adat orang melayu. Lebih-lebih lagi jika mengadakan konsep perkahwinan bertemakan Melayu tradisional. Barulah manis untuk dilihat.
Grab peluang waktu jualan murah
Selain daripada barang adat, selalunya bakal pengantin suka menyediakan set wangian badan, handbag, atau kasut berjenama. Tips yang terbaik adalah beli barangan berkenaan sewaktu jualan murah sama ada jualan murah akhir tahun, jualan sempena hari raya ataupun sewaktu Tahun Baru Cina. Anda berpeluang mendapatkan sesetengah barang tersebut dengan diskaun yang sangat menarik di samping boleh save budget.
Sumber: Twitter Awan TonaÂ