Bagi pengantin majlis pernikahan merupakan moment terindah dalam menyatukan jiwa dua insan. Namun berada dalam krisis penularan pandemik COVID-19 ketika ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada majlis-majlis keramaian khususnya kenduri kahwin, majlis nikah dan sebagainya. Malah pelbagai acara melibatkan ‘mass gathering‘ terpaksa ditunda susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan hingga 28 April ini. Pastinya bakal pengantin sangat sedih dengan berita itu.
BACA :Â [VIDEO] Wanita Ini Tak Sangka Hamil Lepas Kehilangan Suami Genap 2 Bulan Nikah
Arahan penangguhan akad nikah ditarik balik..
Bagaimanapun arahan mengenai penangguhan majlis akad nikah di negeri Perak sepanjang tempoh PKP yang diumumkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sebelum ini sudah ditarik semula. Ia susulan dengan Tatacara Khas Majlis Akad Nikah (TKMAN) terbaharu yang dikeluarkan pada 10 April lalu bagi menggantikan tatacara sebelumnya.
Tiada majlis pembatalan air sembahyang & berjabat tangan
Majlis pernikahan dibenarkan asalkan ia mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan seperti tidak boleh berjabat tangan selain tidak melibatkan kehadiran ramai. Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menegaskan bahawa majlis akad nikah hanya boleh dilaksanakan di premis Pejabat Agama Islam Daerah dalam tempoh tidak melebihi 30 minit.
 Jika ada yang mengikari, PTAID diberi kuasa untuk batalkan majlis
Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah (PTAID) atau wakilnya dipertanggungjawabkan untuk memastikan kesemua individu yang hadir pada majlis berkenaan mematuhi langkah keselamatan sepertimana ditetapkan oleh pihak KKM. Malah hanya tiga sesi majlis akad nikah sahaja yang dibenarkan dan masing-masing diberi tempoh selama 30 minit iaitu pada jam 9.30 pagi, 11.30 pagi dan 2.30 petang setiap hari. Sekiranya ada yang ingkar akan arahan itu, PTAID diberi kuasa untuk membatalkan majlis akad nikah berkenaan.
Sumber : Harian Metro