Viral

Gurau Ingkar PKP, Lelaki Angkut 1 Keluarga Ke Klinik Kesal Jadi Bahan Kutukan

Gurau Ingkar PKP, Lelaki Angkut 1 Keluarga Ke Klinik Kesal Jadi Bahan Kutukan

Sharing is caring!

Biarpun sudah memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun masih terdapat sebahagian pihak yang memandang remeh dan ingkar pematuhan arahan ini. Beberapa hari lalu, tular juga di media sosial mengenai satu keluarga yang kononnya berbangga berjaya melepasi sekatan jalan raya semasa tempoh PKP untuk pulang ke Kuala Lumpur. Malah tindakan mereka mengambil kesempatan berkongsi beberapa ‘tips’ meloloskan diri turut menerima kecaman ramai. Namun siapa sangka, semuanya cumalah salah faham sahaja.


BACA : Couple Konon Nak Menipu Polis Keluar Sebab Beli Kicap, Akhirnya Terkantoi Helah

Hanya salah faham orang ramai..

Kesal kerana fotonya sekeluarga dimanipulasi, individu yang dikenali sebagai Mamat Apis akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi satu posting dimuat naik di laman Facebooknya. Akui Mamat, dia sendiri tidak menyangka dan terkejut mengenai insiden tersebut selain menegaskan bahawa dakwaan mengambil kesempatan ‘lolos’ sekatan jalan raya hanyalah salah faham orang ramai.


Gurau Ingkar PKP, Lelaki Angkut 1 Keluarga Ke Klinik Kesal Jadi Bahan Kutukan Gurau Ingkar PKP, Lelaki Angkut 1 Keluarga Ke Klinik Kesal Jadi Bahan Kutukan

Gurau Ingkar PKP, Lelaki Angkut 1 Keluarga Ke Klinik Kesal Jadi Bahan Kutukan

Bawa anak & isteri pergi klinik berhampiran rumah

Hakikatnya, dia membawa anak serta isteri ke klinik yang tidak jauh dari rumahnya bagi melakukan pemeriksaan bulanan dan imunisasi bayinya. Tambahan pula, niatnya hanyalah ingin bergurau namun terkilan apabila terdapat individu yang mengambil serius mengenai gurauan tersebut. Di akhir posting tersebut, Mamat mengakui tidak berniat untuk memperlekehkan mahupun memandang rendah dengan tugasan dan tanggungjawab barisan hadapan selain memohon maaf atas tindakannya.


Gurau Ingkar PKP, Lelaki Angkut 1 Keluarga Ke Klinik Kesal Jadi Bahan Kutukan   Gurau Ingkar PKP, Lelaki Angkut 1 Keluarga Ke Klinik Kesal Jadi Bahan Kutukan

Gurau Ingkar PKP, Lelaki Angkut 1 Keluarga Ke Klinik Kesal Jadi Bahan Kutukan

Gurau Ingkar PKP, Lelaki Angkut 1 Keluarga Ke Klinik Kesal Jadi Bahan Kutukan
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Facebook MaMat Apis

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Gurau Ingkar PKP, Lelaki Angkut 1 Keluarga Ke Klinik Kesal Jadi Bahan Kutukan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram