Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan 2 hari lepas, tak dinafikan ramai bakal pengantin terpaksa berputih mata apabila terpaksa tangguhkan hasrat berkahwin. Namun begitu, lain pula kisahnya tentang seorang gadis ini apabila sempat bernikah last minute semalam sambil menyifatkan ia adalah ‘keputusan paling gila’ dalam hidupnya.
BACA:Â [VIDEO] Cancel Pakej Meja Beradab, Pengantin Share Bajet Kahwin Bawah RM5 Ribu
https://twitter.com/amrhoth/status/1349203627097812993
Tak sangka menyakat ajak nikah jadi realiti…kelam-kabut ada 4 jam saja bersiap, sarung baju raya lama
Pada awalnya, gadis dikenali Amirah ini saja berseloroh ajak tunangnya bernikah pada hari terakhir sebelum PKP. Akan tetapi dia sama sekali tidak menyangka ia bertukar realiti apabila kebetulan masih ada lagi slot nikah yang available selepas waktu Zohor. Memandangkan cuma ada tempoh selama 4 jam saja untuk bersiap, Amirah cuma recycle baju raya lamanya untuk dijadikan busana nikah manakala persiapan lain turut dibantu oleh beberapa rakan baiknya yang turut mengambil cuti kecemasan (EL).
https://twitter.com/amrhoth/status/1349203911287074817
https://twitter.com/amrhoth/status/1349206198998847490
Terus maklumkan pada parents, tau-tau dah kahwin…rushing sampai terlupa bawa cincin nikah lelaki
Terdahulu, semua dokumen nikah juga sudah disiapkan dan mereka sepatutnya dijangka berkahwin pada awal Februari nanti. Mujurlah ibu bapa kedua-dua belah pihak juga bersetuju dengan idea ‘perkahwinan ekspres’ ini, kedua-duanya telah sah diijab kabulkan semalam juga. Antara detik lucu yang dilalui Amirah adalah dia tertinggal cincin pihak lelaki gara-gara agak rushing siapkan semuanya sekali gus.
https://twitter.com/amrhoth/status/1349210321852919808