Cinta & Perhubungan Viral

Penat Kemas Rumah Tapi Cepat Sepah Balik, Suami Jangan Ingat Isteri Tak Trauma

Penat Kemas Rumah Tapi Cepat Sepah Balik, Suami Jangan Ingat Isteri Tak Trauma
Rasaflix

Sharing is caring!

Memang tidak dapat dinafikan tugas menguruskan rumah tangga dari mengemas berada atas bahu si isteri khususnya suri rumah tangga sepenuh masa. Namun malangnya di zaman kini, ia dijadikan ‘tiket’ mudah oleh suami untuk lepas tangan sepenuhnya dan bertindak seperti ‘raja’ dalam rumah sendiri. Walaupun ia nampak remeh, suami seharusnya sedar masalah dalam rumah itu boleh mempengaruhi emosi isteri untuk jangka masa panjang. 


BACA : Tanpa Isteri Rumah Akan Huru-Hara, Baru Nak Tidur Malam Dah Fikir Pasal Esok

Bunyi ‘prakk’ pun boleh angin satu badan

Sekiranya ada yang kurang faham bagaimana aktiviti mengemas rumah mempunyai kaitan dengan emosi isteri, saudara Mohd Fhais menerusi Facebook ada membuat ulasan lanjut. Ia dikongsikan selepas isterinya sendiri berhadapan dengan situasi di mana rumahnya kembali bersepah padahal baru sahaja dikemas. Walaupun melihat isteri membebel tanpa henti sewaktu rumah tidak berkemas boleh agak lucu, namun lelaki ini mula menyentuh tentang trauma yang dialami oleh wanita memandangkan mereka perlu mengemas berulang kali pada setiap hari.

Penat Kemas Rumah Tapi Cepat Sepah Balik, Suami Jangan Ingat Isteri Tak Trauma

Penat Kemas Rumah Tapi Cepat Sepah Balik, Suami Jangan Ingat Isteri Tak Trauma

Menyembuhkan isteri daripada trauma tanggungjawab kita


Sebab itu juga mula timbul rasa bersalah dalam dirinya Mohd Fhais sendiri apabila melihat isterinya berhadapan situasi itu. Oleh yang demikian, dia terus membantu mengemas alat permainan yang disepahkan oleh anaknya dengan harapan mahu mengurangkan beban suri hatinya itu. Mengakhiri perkongsian, dia menyerusupaya lelaki di luar sana sedar tanggungjawab menguruskan rumah juga perlu dilakukan bersama isteri tercinta.


Penat Kemas Rumah Tapi Cepat Sepah Balik, Suami Jangan Ingat Isteri Tak Trauma

Penat Kemas Rumah Tapi Cepat Sepah Balik, Suami Jangan Ingat Isteri Tak Trauma
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Facebook Mohd Fhais

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Penat Kemas Rumah Tapi Cepat Sepah Balik, Suami Jangan Ingat Isteri Tak Trauma

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram