Dengan pelbagai ancaman di luar sekarang, ramai ibu bapa nampaknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengehadkan anak-anak daripada aktiviti luar. Faktor udara dan persekitaran luar yang tidak bersih juga menyebabkan ibu bapa semakin tegas terhadap perkara ini. Memang betul semua perkara ini bagus untuk kebajikan anak-anak. Namun mereka perlu juga ada sifat keterbukaan kerana sikap seperti ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan si kecil.
BACA:Â [FOTO] Teruja Anak Masuk Universiti, Moment Parents Angkut Barang Bikin Sebak
Menurut penelitian daripada Public Health Malaysia, anak-anak pada masa kini jarang bermain di luar jika nak dibandingkan dengan generasi terdahulu. Mereka banyak duduk di rumah dan tidak terdedah dengan cahaya matahari. Parents mungkin mempunyai alasan tersendiri, namun perkara ini sebenarnya perlu dikaji balik kerana bermain di luar juga penting untuk kekebalan tubuh.Â
Merangsang ketahanan tubuh
Pendedahan si kecil kepada persekitaran luar akan merangsang ketahanan tubuh menjadi lebih kuat. Dalam pada itu, ibu bapa juga disarankan untuk membawa anak-anak meluangkan masa di luar rumah untuk mengimbangi bakteria baik dan jahat.Â
Aktiviti fizikal juga penting
Selain itu, aktiviti fizikal seperti larian, berbasikal dan berenang sekali-sekala juga amat penting untuk meningkatkan imunisasi badan.
Menyedut udara segar
Disinilah ibu bapa perlu bertanggungjawab memilih tempat yang bebas bergerak, selesa dan bergerak. Hal ini tidak kurang pentingnya kerana si kecil juga mahu suasana yang baru dan udara yang segar.Â
Apa ibu bapa perlu lakukan?
Oleh itu, janganlah terlalu menyekat anak-anak bermain di luar tetapi pantaulah dan lakukan perkara yang sepatutnya.Â
Sumber: Public Health Malaysia & Majalah Pama