“Pakai Tudung 24 Jam Ke Kat Rumah?”–Datin Shahida Respon Soalan Popular Netizen

Bagi yang mengikuti perkembangan jutawan kosmetik iaitu Datin Seri Shahida di laman media sosial pasti sedar bahawa beliau tetap menjaga soal aurat dengan baik sepanjang berada di rumah agamnya. Malah ketika sedang meluangkan masa bersama ahli keluarga dan orang gaji juga, beliau tetap dalam keadaan sedemikian. Disebabkan itu, ia seringkali menjadi persoalan ramai terutama sekali para pengikut setianya di Instagram. 

BACA : “Kalau Tidak Kerana Agama Mana Mungkin Dia Sehebat Ini..” – Bonda Rozita

Advertisement

Orang suka tanya memang 24 jam ke pakai tudung

Enggan perkara itu terus jadi tanda tanya, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini beri penjelasan di IG. Figura kepada 4 orang cahaya mata ini mengakui sememangnya bertudung sepanjang masa kerana rumahnya mempunyai penghuni yang ramai. Malah beliau akan membukanya apabila mahu tidur saja.

Advertisement

Saya ok je, taklah rasa susah pun

Advertisement

Meskipun begitu, beliau tidak merasakan memakai tudung di rumah sebagai satu beban kerana sudah biasa dengan keadaan sedemikian. Kadangkala beliau hanya memakai tudung sarung kerana lebih mudah tanpa perlu melihat ke cermin.

Bagus Datin, secara tak langsung dapat pahala jaga syariat

Advertisement

Perkongsian Datin Seri Shahida ini ternyata telah meraih perhatian para netizen lalu membanjiri ruang komen di entri tersebut. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang berkongsi cerita sama dan memujinya tetap menjaga syariat walaupun di rumah sendiri.

Advertisement

 

Sumber : IG Datin Shahida

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement